Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Tarik Diri, Doakan Kes Berjalan Lancar
Keputusan peguam Mahmud Jumaat untuk tidak lagi mewakili ibu bapa kepada Zayn Rayyan tidak didedahkan dan hanya memberitahu bahawa ia adalah atas sebab-sebab tertentu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Peguam kepada ibu bapa kanak-kanak autisme iaitu Zayn Rayyan Abdul Matiin telah mengesahkan bahawa dirinya menarik diri daripada mewakili pasangan berkenaan dalam kes melibatkan kematian anak mereka berusia enam tahun.
Keputusan itu telah disahkan oleh Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co pada hari ini (4 Jun).
Walau bagaimanapun, sebab beliau menarik diri dari mewakili ibu bapa Zayn Rayyan tidak didedahkan dan hanya memberitahu bahawa ia adalah atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Saya mengesahkan berita yang tersebar bahawa saya tidak lagi mewakili kedua ibu bapa Allahyarham Zayn. Ia dibuat berdasarkan faktor-faktor tertentu yang mana saya tidak dapat dijelaskan kepada semua.
Mahmud Jumaat.
Mahmud turut mendoakan agar perjalanan kes berkenaan akan berjalan dengan lancar dan menasihati agar tiada pihak yang membuat sebarang spekulasi tidak sepatutnya berhubung kes terbabit.

Peguam Baharu Telah Dilantik
Terbaharu, datuk kepada Zayn Rayyan iaitu Zahari Mohd Reba telah melantik seorang peguam baharu bagi mewakili ibu bapa kanak-kanak autisme terbabit yang kini ditahan reman.
Walau bagaimanapun ketika dihubungi oleh wartawan Harian Metro, Zahari memberitahu bahawa dia tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes.
“Maaf ya… buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam,” kata Zahari yang turut mengesahkan pelantikan peguam baharu.
Perkembangan Tentang Kes Zayn Rayyan
Pada Jumaat lalu (31 Mei), kedua-dua pasangan ibu bapa Zayn Rayyan berusia 28 tahun telah ditahan oleh pihak polis di kediaman mereka di Puncak Alam, Selangor.
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) itu direman selama seminggu sehingga 8 Jun ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ainaa Muhammad Kamal selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Sabtu lalu (1 Jun).
Susulan itu, bekas peguam Mahmud Jumaat yang telah dilantik untuk mewakili OYDS berkata tangkapan tersebut dilakukan berdasarkan perkembangan terkini yang diperolehi daripada hasil siasatan pihak polis.

“Sudah tentu sangat terkejut, OYDS adalah ibu bapa kepada mangsa dan ini adalah satu perkara yang tidak dijangkakan.
“Saya sendiri pun agak terkejut, saya percaya satu Malaysia terkejut mengenai perkara ini. Oleh yang demikian saya memohon semua pihak mendoakan agar keluarga kuat untuk menerima perkhabaran ini,” kata Mahmud.
Terdahulu, kanak-kanak autisme berusia enam tahun iaitu Zayn Rayyan telah ditemui meninggal dunia di sekitar anak sungai berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai sekitar jam 10:00 malam pada 6 Disember 2023.
Mayat mangsa telah ditemui oleh penduduk setempat ketika operasi pencarian dijalankan.
Hasil bedah siasat mendapati bahawa mangsa dipercayai dibunuh selepas menemui kesan kecederaan pada bahagian leher serta tubuh badan.
Baca Artikel Berkaitan: Zayn Rayyan Disyaki Mati 48 Jam Sebelum Ditemui, Terdapat Kesan Luka Cuba Pertahankan Diri
Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Syak Seorang Individu Terlibat, Jasad Mungkin Dibuang Ketika Hujan Lebat
Baca Artikel Berkaitan: PDRM Sahkan Zayn Rayyan Dibunuh
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



