Now Reading
Hajat Warga Emas Tercapai, Tunaikan Haji Pada Umur 90 Tahun Selepas 75 Tahun Menabung

Hajat Warga Emas Tercapai, Tunaikan Haji Pada Umur 90 Tahun Selepas 75 Tahun Menabung

Jemaah haji tertua dikenali sebagai Zakaria Hamat itu berkata dia mengamalkan selawat dan juga bacaan surah At-Taubah bagi memastikan kesihatan yang baik untuk menunaikan haji.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menunaikan ibadah haji pastinya menjadi hajat setiap umat Islam di luar sana tidak kira golongan muda ataupun tua.

Kalau anda nak tahu, sejak 9 Mei lalu, kumpulan pertama jemaah haji dari Malaysia telahpun berangkat ke Mekah.

Memetik Berita Harian, jemaah dari Malaysia juga menjadi jemaah pertama di dunia yang berjaya mendapat visa haji dari Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi tahun ini.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Jadi Negara Pertama Tahun Ini Terima Visa Haji Dari Arab Saudi


Warga Emas Tunai Haji Selepas Menabung Sejak Umur 15 Tahun

Impian seorang warga emas untuk menunaikan ibadah haji akhirnya tercapai pada usia 90 tahun selepas bertahun-tahun membuat simpanan. Zakaria Hamat merupakan jemaah haji tertua dari Malaysia yang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah selepas membuat tabungan sejak umur 15 tahun.

Walaupun mengambil masa sehingga 75 tahun untuk mendapatkan simpanan mencukupi untuk haji berkenaan, namun Zakaria tetap bersyukur apabila akhirnya dijemput sebagai tetamu Allah ketika sudah lanjut usia bagi musim haji 1445H/2024.

Lelaki dari Kampung Bilok, Banggu Kota Bahru di Kelantan itu ditemani oleh cucu sulung dikenali sebagai Mohd Syafiq Mohd Sekari, 37 apabila menunaikan ibadah tersebut.

Zakaria Hamat. Sumber: Berita RTM

Menurut si cucu, atuknya mengambil masa yang lama untuk menabung bagi tujuan haji kerana bergantung kepada pendapatan tidak begitu tinggi iaitu dengan membanting padi.

Zaman dulu pergi merata-rata cari duit, sampai ke Kedah, sampai lima enam kali pergi ke sana untuk memukul (membanting) padi, tapi upah tak banyak, kadangkala dapat juga beras zakat sehingga lima enam guni dan hasilnya bolehlah buat simpan sikit-sikit.

Mohd Syafiq.

Tunai Haji Pada Umur 90 Tahun Selepas 2 Kali Tolak Panggilan

Warga emas yang turut dikenali sebagai Poksu Ya itu berkata itu telah mengambil keputusan untuk mendaftar haji pada tahun lalu meskipun hasil simpanan tidak seberapa.

“Dua tahun berturut-turut saya terima panggilan tetapi kedua-duanya ditolak atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Tahun ini, ditakdirkan saya terima lagi panggilan haji dan ahli keluarga termasuk cucu banyak membantu terutama dari segi kewangan hingga akhirnya saya dapat sampai ke sini,” kata Poksu Ya, lapor Kosmo.

Sumber: Pexels

Amalkan Selawat & Baca Al-Quran Selepas Solat

Berbicara tentang tips yang diamalkan oleh jemaah tersebut untuk kekal sihat, Zakaria berkata dia mengamalkan bacaan surah At-Taubah ayat 128-129 serta selawat tafrijiyah setiap kali selepas solat.

“Alhamdulillah, kesihatan molek lagi dan tidak ada kencing manis, darah tinggi atau penyakit jantung.

“Saya sokmo (selalu) berselawat selepas solat Maghrib dan Isyak sambil berdoa Allah panjangkan umur serta sihat tubuh badan,” ujar Zakaria.


Manfaat Menunaikan Ibadah Haji

Menunaikan rukun Islam kelima ini merupakan satu kewajipan buat mereka yang berkemampuan.

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”

[Surah Ali Imran: 97]

Ibn Kathir memetik kata-kata Ibn Abbas R.A berkata ibadah haji mempunyai manfaat dunia dan juga akhirat.

Faedah di akhirat adalah mendapat reda daripada Allah SWT manakala di dunia pula adalah jemaah haji mendapat manfaat dari kesihatan tubuh badan dan lain-lain. 

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Pernah Tolak Tawaran 3 Kali, Sambut Panggilan Haji Tahun Ini Walaupun Berkerusi Roda

Baca Artikel Berkaitan: 150 Hari Kembara Berbasikal Dari KL, 3 Rakyat Malaysia Sampai Di Madinah Untuk Tunaikan Haji


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd