Now Reading
Boleh Undang Maut, Ramai Tak Sedar Alami Influenza Kerana Gejala Seakan Covid-19

Boleh Undang Maut, Ramai Tak Sedar Alami Influenza Kerana Gejala Seakan Covid-19

Antara gejala anda dijangkiti virus influenza adalah demam, selesema, sakit tekak, batuk dan lain-lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Influenza merupakan satu jenis penyakit berpunca oleh virus influenza yang akan menjangkiti salur pernafasan manusia.

Antara golongan berisiko menghidapi virus tersebut adalah kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung serta individu yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, mungkin ramai di antara kita yang masih kurang cakna tentang tahap bahaya penyakit berkenaan terhadap kesihatan.


Ramai Tak Sedar Alami Influenza Kerana Gejala Seakan Covid-19

Jangkitan virus influenza yang banyak dilaporkan baru-baru ini memberikan kesan buruk terhadap kesihatan pesakit termasuklah sesak nafas, telinga bernanah, radang paru-paru, jangkitan kuman dalam paru-paru (pneumonia) atau lebih parah boleh membawa kepada kematian.

Menurut pakar Kesihatan Masyarakat dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, ramai individu tidak menyedari bahawa mereka dijangkiti virus tersebut kerana gejala influenza adalah lebih kurang sama seperti virus Covid-19.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Oleh disebabkan itu, Dr Sharifa mengingatkan orang ramai yang kini sedang mengalami demam, selsema dan simptom lain untuk mendapatkan rawatan segera.

Bukan itu sahaja, anda juga dinasihatkan untuk mengasingkan diri (kuarantin) kerana virus tersebut mampu merebak kepada individu lain pada jarak enam kaki atau 1.83 meter apabila seseorang batuk atau bersin.

Influenza ini memang ada di Malaysia cuma kadar kesnya turun naik. Semua orang berisiko tapi komplikasi yang teruk boleh terjadi kepada kanak-kanak, warga emas yang berusia 60 tahun ke atas atau mereka yang ada sakit seperti kanser, darah tinggi, kencing manis dan kegemukan kerana sistem imun badan mereka tidak berapa kuat.

Dr Sharifa.

Individu Boleh Alami Covid-19 & Influenza Dalam Masa Yang Sama

Tambah pakar itu, ada juga kes di mana influenza dan Covid-19 dialami dalam satu masa yang sama.

“Virus influenza ini boleh sampai ke otak, menyebabkan radang paru-paru atau pneumonia, sesak nafas, hampir sama dengan Covid-19,” kata wanita tersebut.

Sumber: Unsplash

Kenal Pasti Jenis Virus Influenza

Berbicara lebih lanjut mengenai virus tersebut, Dr Sharifa berkata terdapat beberapa jenis influenza dan yang paling terkenal adalah virus jenis A kerana ia lebih mudah tersebar bukan sahaja melalui burung tetapi juga manusia.

Virus jenis B pula hanya boleh dijumpai menerusi manusia dan kurang memberi komplikasi buruk kepada pesakit.

Kedua-dua jenis A dan B mudah berjangkit dan boleh mematikan tetapi kemungkinan menjadi wabak adalah lebih kepada jenis A.

Dr Sharifa.

Orang Ramai Digalakkan Ambil Vaksin Influenza

Tambahan pula, virus berkenaan mampu dijangkiti berulang kali dan boleh membawa kepada kematian sekiranya gejala itu meninggalkan kesan yang teruk kepada seseorang individu.

Justeru, orang ramai digalakkan untuk mengambil vaksin influenza bagi mengelakkan penyakit tersebut.

Kita juga mengharapkan kerajaan boleh memberikan subsidi influenza terutamanya untuk warga emas kerana kosnya kira-kira RM100 dan digalakkan diambil setiap tahun. Maknanya, ambil suntikan penggalak setiap tahun sebab virusnya ada strain yang berbeza.

Dr Sharifa.

Langkah Pencegahan Virus Influenza

Selain daripada pengambilan vaksin, terdapat beberapa langkah pencegahan jangkitan influenza. Antaranya:

Sumber: Pexels
  1. Sentiasa menjaga kebersihan diri.
  2. Mempraktik amalan mencuci tangan dengan menggunakan air bersih, sabun dan pembersih tangan (hand sanitizer).
  3. Mengamalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dengan tangan.
  4. Mengamalkan gaya hidup sihat.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tanda -Tanda Influenza A Dan Cara Mencegahnya

Baca Artikel Berkaitan: KKM Pantau Gelombang Baru Covid-19 Di Singapura, Siap Siaga Kemungkinan Peningkatan Kes Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Influenza Cases On The Rise, Time To Mask Up Again


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd