Now Reading
KTMB Perkenal ETS Ekspres Mulai 1 Ogos, Perjalanan Lebih Jimat Masa

KTMB Perkenal ETS Ekspres Mulai 1 Ogos, Perjalanan Lebih Jimat Masa

Sebanyak enam perkhidmatan ETS Ekspres yang akan diperkenalkan daripada 32 servis sedia ada meliputi perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh, Butterworth serta Padang Besar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi anda yang gemar menaiki tren kereta api untuk pulang ke kampung halaman atau tidak mahu memandu kereta ke destinasi berlainan negeri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mempunyai berita baik.

Mulai 1 Ogos ini, KTMB akan memperkenalkan ETS Ekspres yang menggunakan jadual baharu bagi laluan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS).

Jelas KTMB lagi, penjadualan itu akan dilakukan seiring dengan projek naik taraf Fasa 1 elektrifikasi Landasan Berkembar Lembah Klang (KDVT) di Rawang ke KL Sentral.

“Ketersambungan perkhidmatan ETS dengan perkhidmatan tren lain seperti Komuter Utara, Ekspres Selatan dan Ekspres Rakyat Timuran di stesen utama juga antara faktor yang turut menyumbang kepada penjadualan baharu ini,” ulas KTMB.


ETS Ekspres Kini Lebih Menjimatkan Masa

Sebanyak enam perkhidmatan ETS Ekspres yang akan diperkenalkan daripada 32 servis sedia ada meliputi perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh, Butterworth serta Padang Besar.

Penjimatan masa dalam perkhidmatan ini berlaku apabila tren ekspres berkenaan hanya akan berhenti di stesen utama sahaja.

Sumber: KTMB

Malah, perjalanan menaiki perkhidmatan ini juga mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga empat jam.

“Inisiatif ini juga adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam berteraskan pengangkutan rel dengan selesa dan selamat,” tambahnya.

Difahamkan, perjalanan menggunakan ETS Ekspres ini adalah 40 minit lebih laju berbanding ETS Platinum sedia ada bagi perjalanan seperti berikut:

  • KL – Ipoh, Perak
  • KL – Pulau Pinang
  • KL – Padang Besar, Perlis

Jadual Waktu Baharu ETS Ekspres

Berdasarkan jadual baharu yang akan berkuatkuasa pada 1 Ogos ini, jumlah tren untuk sehari masih sama iaitu:

  • Lebih 5 tren ke Ipoh, Perak.
  • Lebih 5 tren ke Padang Besar, Perlis.
  • 6 tren ke Pulau Pinang.
Sumber: MalayMail

Secara terperinci, jumlah perkhidmatan ETS Ekspres adalah seperti berikut:

  • 2 perkhidmatan ETS Ekspres KL Sentral – Ipoh – KL Sentral.
  • 2 perkhidmatan ETS Ekspres KL Sentral – Buterworth – KL Sentral.
  • 2 perkhidmatan ETS Ekspres KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral.

Susulan wujudnya perkhidmatan ETS Ekspres ini, terdapat beberapa stesen yang akan terjejas berikutan servis yang berkurangan iaitu:

  • Tanjung Malim, Perak.
  • Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
  • Kuala Kangsar, Perak.

Pembelian Tiket ETS Ekspres

Bagi anda yang bercadang untuk membuat pembelian tiket bagi perjalanan bulan Ogos sehingga November, ia hanya akan tersedia bermula hari ini (30 Mei) pada jam 12:00 tengah hari.

Pembelian tiket boleh dibuat [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: On Track For Adventure: ETS Extends Its Reach To Segamat Starting 1 July

Baca Artikel Berkaitan: KTMB Tawar Perkhidmatan Koc Mewah Kepada Penumpang. Siap Ada Karaoke & Tandas Peribadi!

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Akses Special” – TikToker Kongsi Pengalaman Naik Tren ETS Koc Business Class


Itinerari Ke Singapura Menaiki Kereta Api KTMB

Kepada anda yang mahu memasuki Singapura daripada Johor Bahru, KTMB ada menyediakan perkhidmatan ke negara republik itu dengan hanya mengambil masa lima minit sahaja.

Sumber gambar: TikTok @mekdachannel

Cara-caranya adalah seperti berikut:

Sebelum Masuk Ke Singapura

  1. Hantar permohonan ‘SG Arrival Card’ menerusi laman web Immigration & Checkpoints Authority Singapore (ICA).
  2. Muat turun aplikasi KTMB Mobile untuk memudahkan urusan pembelian tiket kereta api secara atas talian.
  3. Klik pada ‘Shuttle Tebrau’ dan pilih JB Sentral sebagai lokasi berlepas dan Woodlands CIQ sebagai lokasi ketibaan.
  4. Datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu kereta api berlepas kerana anda perlu beratur di kaunter untuk membolehkan pasport diimbas sebagai tiket di pintu masuk.
  5. Selepas turun di pintu masuk, bersedia untuk pemeriksaan kastam.
  6. Selesai beratur di bahagian kastam, anda akan keluar turun ke bahagian ruangan ketibaan kereta api.
  7. Pilih mana-mana tempat duduk di dalam kereta api.
  8. Tunggu sehingga kereta api bergerak untuk meneruskan perjalanan anda memasuki Singapura menerusi pintu masuk Woodlands.

Selepas Memasuki Pintu Masuk Woodlands, Singapura

  1. Selepas lima minit, kereta api akan berhenti di Woodlands Train Checkpoint bagi membolehkan penumpang membuat pemeriksaan pasport dan imbasan barangan di bahagian imigresen.
  2. Selesai pemeriksaan imigresen, keluar dari kawasan Woodlands Train Checkpoint dan bergerak ke hentian bas.
  3. Naik bas ke Kranji dengan harga $1SGD (RM3.34) dan mengambil masa 15 minit untuk tiba di hentian bas MRT Kranji.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Cuba Travel Ke Singapura Naik Kereta Api? Ini Panduan Untuk Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd