Now Reading
Anak Kelahiran Sabah Dinobatkan Pemenang Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2024!

Anak Kelahiran Sabah Dinobatkan Pemenang Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2024!

Sydney Engelbert dari etnik Kadazandusun itu tampil sebagai pemenang utama anugerah tersebut di mana dia bersaing dengan 14,800 calon dari lebih 140 negara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menjadi seorang guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan sahaja mengajar para murid, malah dalam sama mereka mengasah bakat pelajar untuk menjadi seseorang individu yang lebih berguna kepada masyarakat setempat.

Buat para guru yang telah berusaha gigih dalam meningkatkan kualiti pelajaran murid, mereka sememenangnya layak menerima penghargaan berprestij bukan sahaja di peringkat sekolah, bahkan di peringkat antarabangsa.


Guru Dari Sabah Dinobatkan Pemenang Anugerah Guru Dedikasi

Baru-baru ini, seorang guru bahasa Inggeris Kolej Vokasional Keningau, Sydney Engelbert dari etnik Kadazandusun telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2024.

Sydney, 30, dari Kampung Kiawayan di Tambunan, sebuah kawasan luar bandar di Sabah tampil sebagai pemenang keseluruhan Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2024 yang terdiri daripada sejumlah 14,800 calon dari lebih 140 negara.

Saya bersyukur dan tidak terkata. Pada permulaan, saya tidak pernah terfikir untuk dipilih sebagai pemenang serantau kerana pencalonan lain semuanya hebat dan saya benar-benar berbesar hati untuk dicalonkan di kalangan mereka. Namun, sokongan padu yang saya dapat daripada keluarga, rakan, rakan sekerja dan pelajar, ia menyedarkan saya bahawa saya tidak bersendirian dalam perkara ini, walaupun ia boleh menjadi suatu perjalanan yang mencabar.

Sydney.

Ibu Bapa Jadi Inspirasi Sydney Dalam Bidang Perguruan

Guru bahasa Inggeris tersebut memulakan kerjaya dalam profesion perguruan pada tahun 2019 selepas mendapat inspirasi daripada kedua ibu bapanya yang juga para pengajar.

Walaupun ibu bapa Sydney telah menerima pelbagai anugerah pengiktirafan atas atas perkhidmatan, namun perkara paling bermakna dan membanggakan ketika menjadi seorang guru apabila anak muridnya terdahulu masih mengenali dan menghormati mereka.

Tambah Sydney lagi, dia juga mendapat ilham dan inspirasi daripada guru subjek Matematik Tambahan ketika di peringkat sekolah menengah.

“Saya masih ingat bagaimana dia mendedikasikan masa dan usaha buat semua pelajarnya untuk mengajar subjek yang boleh dikatakan sangat sukar. Dia telah memberi inspirasi kepada saya dalam dedikasi, kerja keras dan hubungannya yang menakjubkan dengan setiap pelajar yang dia ajar,” kata Sydney.


Program Kelas Pertukaran Online Bersama Sekolah Vokasional Di Asia Tenggara

Dalam meluaskan pengalaman pelajar Sydney dalam bidang pembelajaran, guru tersebut telah memulakan kelas pertukaran secara atas talian bersama beberapa sekolah vokasional di Asia Tenggara seperti Filipina, Kemboja dan Indonesia.

Setiap kitaran program berlangsung selama tiga bulan dan dalam tempoh dua tahun, inisiatif berkenaan telah memberi manfaat secara langsung kepada hampir 400 pelajar dan 50 guru dari semua sekolah yang mengambil bahagian.

Menerusi program yang dijalankan itu, ia telah meningkatkan kebolehan para pelajar dalam mendalami ilmu bahasa Inggeris dari segi komunikasi, kecekapan budaya dan belajar tentang topik di luar kurikulum standard mereka.

Untuk info, salah seorang pelajar berprestasi terbaik daripada program tersebut mengetuai siri kelas induk maya yang dikendalikan oleh guru dari luar negara, khususnya Eropah dan Afrika.


Serba Sedikit Info Tentang Sydney Engelbert

Sydney dilahirkan dan dibesarkan di Tambunan iaitu sebuah kawasan luar bandar di Sabah. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di universiti pendidikan di Malaysia Barat dan lulus dengan ijazah sarjana muda dalam pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Dia mula mengajar pada 2019 di mana dia belajar menangani penguasaan terhad pelajarnya melalui pelbagai gabungan aktiviti seni bahasa.

Dia juga memainkan peranan aktif dalam program pengantarabangsaan lain seperti menganjurkan pelajar asing di sekolahnya.

Untuk makluman semua, seorang guru dari Taiping, Perak dikenali sebagai Goh Kok Ming telah memenangi anugerah tersebut pada tahun lalu.

Manakala Khalifa Affnan dari Kolej Vokasional Keningau juga dinamakan sebagai guru Malaysia pertama yang merangkul Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge pada tahun 2022.

Baca Artikel Berkaitan: RISE Educator Award Umum 5 Guru Terbaik Tahun 2023. Bakal Terima RM10,000!

Baca Artikel Berkaitan: Guru Dari Taiping, Perak Rangkul Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2023. Tahniah!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd