PDRM Melaka Tawar Diskaun Saman 50% Sempena Hari Belia Negara (HBN) 2024
Tawaran diskaun saman 50 peratus itu akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di Dataran Pahlawan, Melaka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu dan Ahad ini akan menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus kepada pesalah trafik. Diskaun ini diberikan bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka.
Walau bagaimanapun, tawaran diskaun berkenaan hanya akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang hadir di kaunter trafik yang akan dibuka bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang sahaja.
“Bagi melancarkan urusan serta mengelak beratur panjang, orang ramai dinasihatkan membuat semakan saman melalui portal atau aplikasi MyBayar PDRM terlebih dahulu,” jelas Datuk Zainol Samah selaku Ketua Polis Melaka.
Mengulas lanjut, beliau turut menyarankan untuk orang ramai hadir sendiri ke kaunter dan tidak menggunakan khidmat pihak ketiga bagi membantu menjelaskan saman. Ia adalah untuk mengelakkan berlakunya penipuan.
Kategori Saman Tiada Diskaun
Sama seperti diskaun saman trafik yang pernah diberikan sebelum ini juga, ia hanya terpakai kepada kesalahan terpilih sahaja dan kesalahan seperti berikut adalah TIDAK TERMASUK:
- Kesalahan melibatkan kemalangan.
- Saman berstatus ‘NON COMPOUNDABLE’.
- Saman Op Selamat.
- Bicara mahkamah.
- Memotong secara bahaya / memotong barisan.
- Menggunakan lorong kecemasan.
- Melanggar lampu isyarat.
- Memotong di garisan berkembar.
- Ubah suai ekzos.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.