Now Reading
Penduduk Darwin Australia Obses Dengan Laksa, Anjur ‘Pesta Laksa Antarabangsa’ Setiap Tahun

Penduduk Darwin Australia Obses Dengan Laksa, Anjur ‘Pesta Laksa Antarabangsa’ Setiap Tahun

Penduduk Darwin juga telah menjadikan laksa sebagai juadah utama mereka untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang keunikan Malaysia, ia bukan sahaja terkenal dengan tempat pelancongan yang indah dan menarik malah negara ini juga amat dikenali dengan makanan yang pelbagai.

Makanan-makanan asli dari negara ini bukan sahaja mendapat sambutan hangat warga tempatan, bahkan turut digemari oleh rakyat di negara luar.

Ada juga yang menjadikan makanan dari Malaysia sebagai makanan yang akan diambil untuk rutin harian mereka.


Penduduk Darwin, Australia Obses Dengan Laksa

Pada ketika ini, penduduk kota Darwin di wilayah Utara, Australia dilaporkan obses dengan laksa di mana ia telah dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam.

Memetik BBC, cinta mendalam terhadap kelazatan laksa telah membuatkan para penduduk menjadikan ia sebagai makanan ruji atau utama di kawasan itu.

Sumber: Lexis Suites Penang

Pesta Laksa Antarabangsa Darwin Dianjur Setiap Tahun

Ketagihan mereka terhadap makanan tempatan tersebut juga boleh dilihat apabila Pesta Laksa Antarabangsa Darwin akan dianjurkan pada setiap tahun.

Dalam acara berkenaan, semua restoran di kawasan Darwin akan bersaing sesama sendiri bagi mendapatkan gelaran “Laksa Serantau Terbaik”.

Penganjur Festival Laksa dikenali sebagai Jo Smallacbe juga berkata bahawa hidangan laksa sentiasa menjadi kegemaran warga Darwin.

“Saya dibesarkan di Darwin dan laksa sentiasa menjadi perkara yang disukai orang,” katanya kepada BBC.

Festival tersebut dalam masa sama menggalakkan orang ramai memesan laksa di restoran kegemaran kemudian akan membandingkan dan mengundi laksa terbaik di antara semua.

Pun begitu, masih tidak dipastikan bagaimana hidangan tempatan itu mula popular di negara luar yang terdiri daripada penduduk kira-kira 148,116 orang setakat 2024.


Hidangan Laksa Terkenal

Seperti anda semua tahu, laksa adalah satu hidangan berkuah berasaskan ikan dan dimakan bersama mi beras. Hidangan yang terkenal di Kedah itu digemari rakyat tempatan kerana rasa segar dan sedikit masam daripada limau.

Ia juga lebih digemari oleh golongan dewasa berbanding kalangan orang muda. Selain terkenal di Malaysia, hidangan tersebut juga boleh didapati di negara Asia yang lain, sebagai contoh Indonesia, Singapura dan Thailand.

Sumber: Foodpanda

Sama seperti rutin penduduk Darwin, laksa juga dimakan untuk sarapan, makanan tengah hari dan juga makan malam.

Sekadar info, nama laksa itu sendiri diambil daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud ‘sepuluh ribu’. Sepuluh ribu pula merujuk kepada kiasan bahan-bahan yang dimasukkan untuk mencipta rasa laksa berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Types Of Laksa In (Almost) Every State In Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: 7 Places To Fulfill Your Sarawak Laksa Craving In PJ

Baca Artikel Berkaitan: “Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd