Pelancong Warga Jerman Maut, Lemas Di Pulau Perhentian
Warga Jerman yang dilaporkan lemas ketika sedang bermandi-manda di Pulau Perhentian dikenali sebagai Dr. Loosen-Freling Iris berusia 74 tahun.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kejadian lemas adalah insiden yang paling ditakuti oleh semua pihak semasa sedang melakukan aktiviti air di dalam kolam, sungai, laut dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, insiden ini sering dilaporkan berlaku terutamanya ketika fenomena air pasang atau akibat pukulan ombak yang besar sehingga boleh meragut nyawa.
Berita mengenai kematian seseorang akibat lemas yang semakin hari semakin meningkat dilihat agak membimbangkan.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Singapura Lemas Di Pantai Desaru Telah Ditemui
Baca Artikel Berkaitan: Datuk & Cucu Lemas Dalam Kolam: “9 Tahun Saya Tunggu Cahaya Mata” – Ibu
Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Lemas Ditarik Ombak, Ini Cara Kenal Pasti ‘Rip Current’
Pelancong Dari Jerman Maut Akibat Lemas Di Pulau Perhentian
Dalam satu kes terbaharu, seorang pelancong wanita dari Jerman dilaporkan maut akibat lemas semasa sedang bermandi-manda bersama suaminya di Pulau Perhentian, Kuala Terengganu, Terengganu semalam (16 Mei).
Memetik Kosmo, Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3:30 petang melibatkan mangsa dikenali sebagai Dr. Loosen-Freling Iris berusia 74 tahun.
Selepas menyedari mangsa dipercayai lemas dalam lautan, suaminya segera menarik isteri ke pantai sebelum dibantu juga oleh beberapa orang awam di kawasan berhampiran.
Mereka cuba memberi wanita itu bantuan pernafasan (CPR) namun mangsa tidak menunjukkan respon positif.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin.
Susulan itu, mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian sebelum disahkan meninggal dunia.
Mangsa telah diberikan bantuan kecemasan awal namun tidak berjaya dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian namun disahkan telah meninggal dunia sekitar jam 4:37 petang.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk proses bedah siasat.
Mohd Khairi menjelaskan bahawa kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dari pihak lain.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.