Now Reading
PDRM Dedah Ada Kanak-kanak Diperdaya Lakukan Seks Dalam Tempoh Sejam Berkenalan

PDRM Dedah Ada Kanak-kanak Diperdaya Lakukan Seks Dalam Tempoh Sejam Berkenalan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan antara taktik yang digunakan oleh pemangsa untuk ‘memancing’ kanak-kanak menjadi mangsa mereka adalah dengan menggunakan janji manis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan kemudahan teknologi yang membuatkan semuanya berada di hujung jari semakin hari semakin membimbangkan.

Ini kerana dengan teknologi ini, ia menjadi titik permulaan kepada pelbagai jenayah yang mula berleluasa dengan hanya mula berkenalan secara atas talian.

Lebih membimbangkan lagi apabila golongan kanak-kanak juga terdedah dengan aktiviti yang tidak sepatutnya kerana terpengaruh dengan tontonan di Internet.

Baca Artikel Berkaitan: Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang


Kanak-kanak Didakwa Terjebak Dengan Seks Selepas Satu Jam Berkenalan

Memetik laporan Harian Metro, golongan kanak-kanak pada zaman ini mudah terpedaya dengan ajakan untuk melakukan seks.

Malah, ada satu kes di mana seorang kanak-kanak diperdaya melakukan hubungan seksual meskipun baru satu jam berkenalan dengan seseorang secara atas talian.

Itu yang dikongsikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

Jelas Siti Kamsiah, keadaan ini semakin membimbangkan apabila mereka begitu mudah percaya dan berkongsi maklumat peribadi seperti alamat tempat tinggal kepada individu tidak dikenali.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan antara taktik yang digunakan oleh pemangsa untuk ‘memancing’ mangsa mereka adalah dengan menggunakan kata-kata manis dan menjanjikan keseronokan.

Sejam terus buat hubungan seks, ini berkenalan di media sosial. Bagaimana ‘sexual grooming‘ (pengantunan seksual) itu cepat berlaku. Mangsa tertarik dengan ayat ‘power’ pemangsa yang mengundang atau menyebabkan kanak-kanak itu terpedaya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.
Sumber: Freepik

Jelas beliau lagi, alat untuk berkomunikasi, Internet dan juga perkhidmatan e-hailing menjadikan mereka lebih mudah untuk berjumpa.

Alat telekomunikasi dan Internet memudahkan perkara itu berlaku, berkenalan, ‘chatting’ dan datang rumah menggunakan perkhidmatan e-hailing juga memudahkan pergerakan untuk mereka berjumpa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

Berdasarkan data yang dikumpul, Selangor merupakan negeri yang mempunyai jumlah jenayah kes seksual tertinggi berbanding negeri-negeri lain sejak tiga tahun belakangan ini.

Antara faktor penyumbang kepada jumlah tersebut adalah kedudukan Selangor yang berhampiran dengan sempadan negeri lain seperti Perak, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.


Ibu Bapa Perlu Pantau Penggunaan Gajet Anak-anak

Sumber: Pexels

Sebagai ibu bapa, perkara ini membuatkan mereka lebih bimbang kerana tidak mahu anak-anak terdedah dengan aktiviti negatif tersebut.

Salah satu cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membendung anak mereka daripada terjebak dengan perkara sedemikian adalah dengan cara seperti berikut:

  • Memberikan had tempoh masa untuk penggunaan gajet dalam sehari.
  • Memantau aktiviti dalam telefon anak-anak.
  • Ambil tahu tentang trending yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Kecanggihan teknologi sememangnya memudahkan kehidupan seharian dari segi pembelajaran kanak-kanak tetapi ibu bapa juga perlu berperanan untuk mengawasi konten digital yang ditonton oleh anak mereka.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd