Now Reading
Lelaki Ugut Bunuh PMX Menitis Air Mata Dihukum Penjara 6 Bulan

Lelaki Ugut Bunuh PMX Menitis Air Mata Dihukum Penjara 6 Bulan

Hakim, N Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas Faizal Mohamad selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini (30 Januari).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (30 Januari), Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang pemandu lori kerana membuat hantaran berunsur ancaman iaitu untuk membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman TikTok pada tahun lalu.

Mengulas lanjut, hakim N Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Faizal Mohamad, 35, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Difahamkan Faizal Mohamad menangis sejurus mendengar hukuman yang dijatuhkan terhadap dirinya.

Menurut pertuduhan, lelaki tersebut didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang mengancam sifatnya iaitu menerusi platform TikTok dengan nama pengguna @jaiadani89.

Hantaran itu dibuat dengan niat menyakitkan hati orang lain dan telah dibaca pada 26 November 2023, jam 12 tengah hari di sebuah kondominium di Jalan Tong Shin, Dang Wangi, Kuala Lumpur.


Hukuman Denda Maksimum RM50,000

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen terbabit memperuntukkan hukuman denda maksimum sejumlah RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas sabitan, jika disabit kesalahan.


OKS Rayu Hukuman Denda Dikurangkan

Faizal yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dikurangkan kerana dia baru sahaja bekerja dengan pendapatan berjumlah RM2,000.

Dalam masa sama, dia juga perlu menanggung dua anak berumur tujuh dan lapan tahun serta ibu yang kini menghidap sakit jantung.

“Isteri tidak bekerja. Saya ada banyak hutang yang belum dibayar dan kelengkapan sekolah anak tak beli lagi, oleh itu saya mohon mahkamah bagi tempoh untuk bayar denda kerana saya gaji dalam 5 atau 6 hari bulan,” ujarnya.


Individu Perlu Hati-hati Guna Media Sosial

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal berkata, hantaran yang dimuat naik oleh OKS adalah tidak wajar dan bersifat mengancam selain perlu lebih berhati-hati menggunakan media sosial.

Saya mohon OKS dikenakan hukuman setimpal supaya satu mesej pengajaran dapat diberikan oleh OKS dan masyarakat.

Nurilya Ellyna.

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar video dimuat naik seorang pengguna TikTok menawarkan RM5 juta kepada sesiapa sahaja yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli parti politik DAP.

Bagaimanapun, video terbabit dipercayai sudah dipadam atau dibuang daripada aplikasi tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Angkata Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, wakil AMK cabang Putrajaya telah membuat laporan polis berhubung video terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Siasat Kes Tular Pengguna TikTok Tawar Upah RM5 Juta Bunuh PM Anwar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd