Now Reading
Telegram Terpaksa Sekat Saluran Komunikasi Pejuang Hamas Untuk Pengguna Android, Dakwa Didesak Google

Telegram Terpaksa Sekat Saluran Komunikasi Pejuang Hamas Untuk Pengguna Android, Dakwa Didesak Google

Sekatan itu difahamkan berlaku kepada pengguna Android kerana dikaitkan dengan undang-undang serta peraturan yang ditetapkan di dalam Google Play.

telegram hamas disekat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Media sosial kini dipenuhi dengan pelbagai maklumat berkaitan peperangan antara Palestin dan Israel untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan isu semasa yang sedang berlaku.

Malah, ramai individu berpengaruh termasuk selebriti dan influencer di Malaysia yang lantang bersuara untuk memberi sokongan kepada Palestin serta menyebarkan kesedaran kepada orang ramai.


Saluran Komunikasi Hamas Untuk Pengguna Android Disekat Oleh Telegram

Walau bagaimanapun, salah satu platform komunikasi iaitu Telegram telah bertindak menyekat saluran khas Hamas daripada memberi makluman berkaitan berita terbaharu mereka.

Sekatan itu difahamkan berlaku kepada pengguna Android kerana dikaitkan dengan undang-undang serta peraturan (guideline) yang ditetapkan di dalam Google Play.

Namun, Telegram menjelaskan bahawa saluran itu masih boleh diakses daripada platform lain atau dimuat turun dari laman web.


CEO Telegram Dedah Pihak Mereka Terima Desakan Daripada Google

CEO Telegram Pavel Durov menjelaskan mereka terpaksa menyekat saluran khas Hamas selepas menerima desakan dari pihak Google.

Jelasnya lagi, dia sebenarnya tidak mahu berbuat demikian bagi memanfaatkan aplikasi Telegram sebagai saluran untuk memberikan maklumat.

Sumber: Tech Build

Durov memberitahu bahawa aplikasinya tidak bersubahat dengan mana-mana propagranda kerana setiap pengguna berhak untuk memilih saluran yang ingin diikuti mereka.

Namun buat pengguna Android yang mahu terus mengakses saluran berkenaan, mereka boleh memuat turun aplikasi perbualan itu versi ‘kurang sekatan’ di laman web Telegram.

Sumber: Telegram.org

Difahamkan, saluran khas Hamas itu merupakan panduan penduduk tempatan untuk mengetahui lokasi yang bakal diserang oleh tentera Israel.

Memetik sumber The Jerusalem Post, saluran Telegram Hamas itu telah menghantar 1,145 mesej pada hari pertama serangan balas terhadap Israel bertarikh 7 Oktober 2023.

Malah sebelum ini, Hamas dikatakan menggunakan saluran Telegram untuk mengeluarkan kenyataan rasmi mereka bagi rujukan orang ramai dan media.


Fahmi Fadzil Perjelas Tiada Sekatan Isu Palestin Di Meta

Terdahulu, beberapa pengguna media sosial mendakwa hantaran berkaitan Palestin telah disekat apabila dimuat naik.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil menolak dakwaan bahawa wujudnya sekatan berkaitan Palestin daripada Meta kepada pengguna yang berkongsi atau memuat naik hantaran berkenaan.

Sumber: Instagram @fahmifadzil.1

Namun, pihaknya ada menerima aduan daripada pengguna TikTok yang mana hantaran mereka diturunkan dalam masa seminit selepas dimuat naik kerana terdapat perkataan Hamas.

“Pada waktu ini, tidak ada sekatan di Facebook. Bagaimanapun, di TikTok, ada yang mengadu konten mereka yang mengandungi perkataan Hamas diturunkan.

“Pada jam 1.20 tengah hari muat naik, jam 1.21 telah diturunkan dengan alasan melanggar garis panduan komuniti. Kita sudah berhubung dengan TikTok namun masih belum terima penjelasan sebenar dan sudah minta bantuan Wisma Putra bagi mendapatkan panduan,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Artikel Berkaitan: Ini 6 Cara Untuk Elak Akaun Media Sosial Anda Disekat Kerana Kongsi Isu Palestin

Artikel Berkaitan: “Meta Tidak Sekat Hantaran Mengenai Palestin Di Facebook” – Fahmi Fadzil

Artikel Berkaitan: Konten Palestin Disekat Di Media Sosial, Meta Perjelas Isu Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd