Now Reading
Dr Musa Nordin Tampil Mohon Maaf Tentang Isu Yang Berlaku Ketika Perhimpunan Solidariti Palestin

Dr Musa Nordin Tampil Mohon Maaf Tentang Isu Yang Berlaku Ketika Perhimpunan Solidariti Palestin

Dalam pada itu, Pengerusi Viva Palestina Malaysia, Datuk Dr Musa Mohd Nordin turut menghargai seluruh rakyat Malaysia yang hadir ke perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’.

dr musa nordin minta maaf

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebuah perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE pada Ahad lalu (22 Oktober) telah mencetuskan satu kontroversi melibatkan pihak penganjur serta peserta yang hadir.

Ketika perhimpunan tersebut, salah seorang peserta yang hadir iaitu Syed Muhammad Shafiq Al-Husaini telah memegang plakad bertulis ‘War Criminal’ dengan wajah gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Walau bagaimanapun, pihak penganjur pula menganggap plakad berkenaan sebagai satu perkara yang berlebihan sehingga dipercayai melabel peserta itu sebagai rejim Zionis.

Artikel Berkaitan: Digelar Zionis Oleh Penganjur, Pemegang Sepanduk ‘War Criminal’ Di Himpunan Solidariti Palestin Luah Rasa Kecewa


Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM) Tampil Mohon Maaf

Selepas isu yang berlaku, pihak penganjur iaitu Viva Palestina Malaysia (VPM) tampil membuat permohonan maaf menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Instagram (@vivapalestinamy).

Pengerusi VPM, Datuk Dr Musa Mohd Nordin mengambil maklum tentang isu yang berlaku semasa perhimpunan pada hari Ahad lalu sehingga menjadi perdebatan orang ramai.

Berikutan itu, beliau mewakili pihak VPM membuat permohonan maaf atas kekurangan mereka.

Saya difahamkan terdapat beberapa pihak yang kurang berpuas hati dengan cara kelangsungan perhimpunan. Oleh yang demikian, bagi seluruh pihak VPM, kami memohon maaf terhadap segala kekurangan kami.

Pengerusi Viva Palestina Malaysia, Datuk Dr Musa Mohd Nordin.

Dr Musa juga menyeru masyarakat untuk bersatu bagi memberi sokongan kepada perjuangan Palestin sehinggga mereka memperoleh kemenangan suatu hari nanti. 

Sebagai NGO dan rakyat Malaysia kita mesti sentiasa bersatu padu menyokong dan mengarus perdanakan perjuangan saudara kita di Palestin sehingga terbentuknya sebuah negara Palestin yang merdeka. 

Pengerusi Viva Palestina Malaysia, Datuk Dr Musa Mohd Nordin.

Dalam pada itu, beliau turut menghargai seluruh rakyat Malaysia yang hadir ke perhimpunan aman berkenaan serta berterima kasih kepada pertubuhan MyCARE, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak media yang turut serta menjayakannya.

Alhamduilllah perhimpunan awam merupakan suatu kejayaan kita bersama. Ia telah mempamerkan keikhlasan dan keseriusan kita sebagai rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.

Pengerusi Viva Palestina Malaysia, Datuk Dr Musa Mohd Nordin.

Kontroversi Yang Berlaku Semasa Perhimpunan Aman ‘Freedom for Palestine’ Di Dataran Merdeka

Memetik sumber laporan Scoop, Dr Musa menganggap sepanduk ‘War Criminal’ dengan gambar Netanyahu itu boleh mencetuskan provokasi serta tidak menggambarkan adab dalam VPM yang mempertahankan etika meskipun dalam keadaan beremosi.

Malah, Dr Musa turut menafikan tindakan beliau yang melabel individu berkenaan sebagai Zionis.

Pengerusi Viva Palestina Malaysia, Datuk Dr Musa Mohd Nordin.
(Sumber: Scoop)

Saya tidak kata dia zionis. Saya kata kita tidak sepatutnya ke tahap zionis. Kita adalah ahli syurga, kita adalah orang Islam (dengan) adab yang tinggi yang diajar oleh Rasul. Nabi ditindas, namun baginda mengekalkan bahasa, sikap dan kesopanan.

Pengerusi Viva Palestina Malaysia, Datuk Dr Musa Mohd Nordin.

Dalam pada itu, beliau juga menafikan larangannya yang tidak membenarkan laungan takbir Allahuakbar tetapi lebih kepada menghormati kumpulan agama lain yang turut menyertai perhimpunan tersebut.

Artikel Berkaitan: Diperli Dapat Layanan VIP Di Perhimpunan Solidariti Palestin, Respon Fahmi Fadzil Buat Netizen Kurang Senang


Kerajaan Madani Anjur Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin Di Stadium Axiata Arena

Satu lagi perhimpunan solidariti Palestin iaitu Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin (Malaysia Stands With Palestine Rally) akan dianjurkan oleh kerajaan Madani.

Maklumat berkaitan perhimpunan tersebut adalah seperti berikut:

  • Tarikh: Selasa, 24 Oktober.
  • Tempat: Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.
  • Masa: 7:30 sehingga 10:30 malam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyeru rakyat Malaysia untuk hadir menyertai perhimpunan berkenaan sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin.

Artikel Berkaitan: Kerajaan Anjur Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin Esok, PM Anwar Seru Orang Ramai Turut Serta


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd