Now Reading
Bali Isytihar Darurat 2 Minggu Akibat Kemarau Berpanjangan Hampir 3 Bulan

Bali Isytihar Darurat 2 Minggu Akibat Kemarau Berpanjangan Hampir 3 Bulan

Darurat kecemasan diisytiharkan selama dua minggu di Bali, Indonesia bermula Khamis lalu (19 Oktober) sehingga 1 November 2023.

bali darurat kemarau

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bali merupakan salah satu lokasi di Indonesia yang menjadi pilihan ramai apabila mahu bercuti dan menikmati keindahan pantai semula jadi.

Namun baru-baru ini, Pemangku Gabenor Bali iaitu Sang Made Mahendra telah mengisytiharkan darurat kecemasan selama 14 hari bermula Khamis lalu (19 Oktober) sehingga 1 November 2023.

Keputusan itu dibuat selepas melihat Bali yang dilanda cuaca ekstrem dari Julai sehingga Oktober sehingga mengakibatkan 113 buah kampung mengalami krisis air manakala 10 kawasan termasuk ibu negeri wilayah Bali iaitu Denpasar turut mengalami kebakaran.

Sumber: Tribun News

Kami akan berusaha untuk memadamkan kebakaran yang masih marak ketika ini termasuk memberi bantuan ke kawasan yang mengalami kemarau dan menyediakan peralatan yang diperlukan untuk mengubah suai cuaca (pembenihan awan). Jika tidak dapat mengendalikannya dengan betul, kami khuatir kesannya akan merebak lebih luas.

Pemangku Gabenor Bali iaitu Sang Made Mahendra.

Memetik sumber Berita Harian, ketua agensi Badan Mitigasi Bencana Bali (BPBD-BALI) Made Rentin menjelaskan status darurat ini diisytiharkan bagi mengurangkan kesan bencana dengan memudahkan akses untuk pengerahan sumber manusia serta logisitik.


Kes Kebakaran Yang Berlaku Di Bali

Data dari Biro Meteorologi Denpasar, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) menunjukkan bahawa tiga daerah di Bali tidak menerima hujan selama 94 hari berturut-turut disebabkan oleh musim kemarau serta fenomena cuaca El Nino.

Sumber: Bali Post

Antara Julai dan Oktober, sebanyak tujuh kebakaran hutan dilaporkan berlaku dan beberapa kemudahan tapak pelupusan bagi bahan buangan masih dalam usaha untuk dipadamkan.

Pihak berkuasa tempatan juga diberi amaran untuk segera memadamkan kebakaran tapak pelupusan sampah kerana ia berisiko untuk mengancam kesihatan masyarakat setempat.

Artikel Berkaitan: “Yang Ni Taknak Claim Pula” – Indonesia Nafi Jadi Punca Jerebu Di Malaysia, Netizen Mula Berang

Artikel Berkaitan: Krisis Kemarau Seluruh Dunia Meningkat 29%


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd