Now Reading
Ada Bendera Kelantan Pada Bangunan Di Palestin Yang Baru Musnah, Ini Kisah Di Sebaliknya

Ada Bendera Kelantan Pada Bangunan Di Palestin Yang Baru Musnah, Ini Kisah Di Sebaliknya

Menara Andalus setinggi 12 tingkat itu dibina pada tahun 2021 dan merupakan bangunan tertinggi di utara Gaza.

andalus tower sumbangan sultan kelantan (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peperangan yang berlaku di Palestin akibat serangan rejim Zionis Israel telah meruntuhkan banyak bangunan termasuklah masjid yang dibina hasil dari sumbangan rakyat Malaysia.

Masjid Muhammad Al Amin yang siap dibina pada penghujung tahun 2013 telah musnah selepas dibom pada 7 Oktober lalu.

“Retak hati berkeping-keping melihat masjid yang tersergam indah hasil dana rakyat Malaysia pecah berderai kesan serangan bom oleh Zionis lsrael,” kata pengendali akaun Muslim Care Society (MCM).

Artikel Berkaitan: [Video] Masjid Di Palestin Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia Musnah Gara-gara Serangan Bom


Satu Lagi Bangunan Yang Dibina Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia Musnah Di Palestin

Dalam satu perkembangan terbaharu yang dimaklumkan oleh wartawan Palestin Younis Tirawi di laman X (Twitter @ytirawi), sebuah bangunan iaitu Menara Andalus yang merupakan bangunan tertinggi di utara Gaza telah hancur akibat serangan tentera Israel.

Perkongsian maklumat tersebut yang disertakan dengan gambar telah menimbulkan persoalan seorang pengguna X (Twitter @AmirRozali) apabila dia melihat dua buah bendera negeri Kelantan pada gambar bangunan tersebut sebelum ia dimusnahkan.

Rupa-rupanya bangunan Menara Andalus itu dibina menggunakan dana sumbangan daripada Sultan Kelantan, kerajaan dan penduduk negeri Kelantan serta pertubuhan Aid4Palestine.

Menara Andalus setinggi 12 tingkat itu dibina pada tahun 2021 dengan menelan kos sekitar AS$190,000 (RM789,713) dan dipantau oleh badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia.

Sumber: X (Twitter)

Ramai Rakyat Malaysia Bengang Lihat Israel Runtuhkan Bangunan Hasil Sumbangan Sultan Kelantan

Selepas mengetahui sejarah di sebalik pembinaan Menara Andalus, ramai rakyat Malaysia yang terkejut dan bangga selepas mengetahui bangunan tersebut ditaja oleh Sultan Kelantan.

Pada masa yang sama, netizen juga bengang apabila melihat bangunan yang dibina hasil sumbangan dana dari Malaysia itu telah hancur akibat serangan dari tentera Israel.

Susulan itu, masyarakat Malaysia menggesa semua pihak untuk menentang Israel atas kekejaman mereka terhadap Palestin.


Malaysia Beri Sumbangan Kepada Rakyat Palestin

Sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Palestin, kerajaan Malaysia turut memberi sumbangan kepada rakyat Palestin dengan menyalurkan sumbangan dana berjumlah RM10 juta.

Selain itu, restoran makanan segera McDonald’s Malaysia juga menyalurkan dana sebanyak RM1 juta menerusi Dana Kemanusiaan Palestin yang dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Malah, cef selebriti Khairul Aming tidak ketinggalan untuk memberi bantuan dengan menderma RM100,000 kepada Palestin hasil daripada jualan Sambal Nyet.

Artikel Berkaitan: McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Buat Rakyat Palestin

Artikel Berkaitan: “The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd