Now Reading
Baru 3 Hari Keluar Dari Hospital & Positif Dadah, Lelaki Kurang Siuman Didakwa Hampir Rogol Wanita Di Tepi Tangga

Baru 3 Hari Keluar Dari Hospital & Positif Dadah, Lelaki Kurang Siuman Didakwa Hampir Rogol Wanita Di Tepi Tangga

Kejadian di mana suspek lelaki kurang siuman membuat cubaan untuk merogol seorang wanita berlaku di sebuah tangga bangunan di Tuaran, Sabah.

Lelaki Kurang Siuman & Positif Dadah Hampir Rogol Wanita Di Tepi Tangga Bangunan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Gangguan seksual terhadap wanita sejak kebelakangan ini menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat.

BACA JUGA: PMX Digesa Tampil Mohon Maaf Selepas Tular Gurauan Minta Nombor Telefon Pelajar

Semalam (25 Jun), seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila dia diserang oleh lelaki tidak dikenali ketika berada di tangga sebuah bangunan di Tuaran, Sabah.

Memetik laporan Sinar Harian, wanita berkenaan didakwa hampir dirogol oleh suspek dipercayai kurang siuman.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Noraidin Awang Maidin memaklumkan suspek merupakan lelaki berusia 29 tahun dan hasil ujian air kencing mendapati dirinya positif dadah.

Tambahnya lagi, suspek baru sahaja keluar dari wad Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu tiga hari yang lalu dan dijadualkan perlu menjalani rawatan susulan pada setiap minggu.

Hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun berasal dari daerah Tuaran. Suspek tidak siuman dan merupakan pesakit yang berdaftar di Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Noraidin Awang Maidin.

Pihak polis turut menerima laporan daripada tiga mangsa berbeza dalam lingkungan usia 15 sehingga 31 tahun yang dikatakan telah dicabul oleh suspek.

Selain mencabuli mangsa, suspek juga telah merampas beg tangan dan melarikan wang tunai salah seorang daripada tiga mangsanya yang lain sebelum ini.

Pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak gusar kerana suspek telah ditangkap pada jam 3:00 pagi hari ini (26 Jun) dan dirujuk semula ke Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd