Perak Wajibkan Taska Untuk Pasang Kamera CCTV, Elak Kes Tidak Diingini Berlaku
Sebarang pelanggaran terhadap arahan ini juga boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan, termasuk penutupan sementara, kompaun, pendakwaan, pembatalan perakuan, dan lain-lain.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Kes penderaan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang asing lagi terjadi di Malaysia dan pada saat ini, isu tersebut menjadi topik yang hangat diperbahaskan oleh orang ramai.
Malah, rata-rata ibu ayah turut meluahkan kerisauan mereka untuk menghantar anak kecil ke taska saat mereka harus ke pejabat. Dan tidak dinafikan, tempoh masa lapan jam ketika sedang bekerja itu sememangnya menimbulkan pelbagai perasaan terutama anak-anak tiada di depan mata untuk dipantau.
Makan apa, mandi ke belum, tidur bagaimana, main dengan siapa, dan sebagainya.
Risau tak terkata!
Kes Penderaan & Abai Kanak-kanak Di Taska Semakin Berleluasa
Minggu lalu, beberapa video di media sosial menjadi tular menunjukkan seorang individu telah mengasari seorang bayi dengan menepuk kepala serta menekap muka menggunakan bantal sebelum menghempasnya ke atas tilam.
BACA LANJUT:Â [Video] Pengasuh Taska Di Skudai Didakwa Dera Bayi Hingga Tekap Muka & Hempas Pada Tilam
BACA LANJUT:Â Pengasuh Didakwa Dera Bayi Di Skudai Kini Ditahan Polis & Direman 4 Hari
Lebih parah, siasatan awal juga mendapati taska berkenaan yang bertempat i Mutiara Rini, Skudai, Johor itu telah beroperasi tanpa mempunyai lesen yang sah dan diarahkan untuk menghentikan operasi serta-merta.
BACA LANJUT:Â JKM Arah Taska Terlibat Kes Dera Bayi Untuk Henti Operasi Serta-merta
Mengulas lanjut, tertuduh juga telah mengaku bersalah atas dua pertuduhan kes mengasari dua kanak-kanak berusia sembilan dan 11 bulan.
BACA JUGA: Pengasuh Taska Didakwa Dera Bayi Di Skudai, Johor Mengaku Salah
Perak Wajibkan Kamera CCTV Di Taska
Susulan kes penderaan dan pengabaikan kanak-kanak di taska yang semakin membimbangkan ini, kerajaan Negeri Perak kini mewajibkan pemasangan kamera CCTV di kesemua taska bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.
Pelaksanaan ini diwajibkan untuk kesemua taska yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarat, kecuali yang beroperasi di rumah.
Untuk rekod, di Perak terdapat sekitar 225 buah taska yang berdaftar buat masa ini.
Sebarang pelanggaran terhadap arahan ini juga boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan, termasuk penutupan sementara, kompaun, pendakwaan, pembatalan perakuan, dan lain-lain.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.