Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Pada 20 & 21 Mei Ini
Aplikasi Maybank2U dan perkhidmatan mesin ATM Maybank juga akan terganggu bermula dari 3:00 pagi sehingga 7:00 pagi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Kepada anda yang bercadang untuk melakukan sebarang transaksi pada awal pagi hujung minggu ini, mungkin urusan tersebut perlu ditangguhkan buat sementara waktu.
Menerusi ciapan dimuat naik oleh pihak Maybank (@MyMaybank) semalam (17 Mei), mereka memaklumkan sistem perkhidmatan berkenaan akan melalui proses penyelenggaraan pada 20 dan 21 Mei 2023.
Perkhidmatan mesin ATM dan juga terminal layan diri hanya akan kembali beroperasi pada jam 7:00 pagi bagi kedua-dua hari yang terlibat.

Maybank2U dan perkhidmatan dalam talian bank juga akan terganggu bermula dari 3:00 pagi sehingga 7:00 pagi pada hari yang sama.
Jangan risau kerana proses penyelenggaraan ini dilakukan pada waktu awal pagi dan mungkin tidak terlalu menjejaskan aktiviti seharian anda pada siang hari.
Pihak Maybank memohon maaf atas gangguan yang berlaku dan berterima kasih atas kerjasama semua pihak.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).
#MBBAlert Dear Valued Customer,
— Maybank (@MyMaybank) May 17, 2023
Kindly be advised that owing to a system maintenance on Saturday, 20 May 2023 and on Sunday, 21 May 2023 our Maybank ATMs and Self Service Terminals (SSTs) will commence operations at 07:00 AM instead of 06:00 AM on both days.
BACA JUGA: Maybank Beri Amaran Aplikasi Scam Bagi Pengguna Android. Ada Mangsa Yang Dah ‘Terjerat’
BACA JUGA: Pengguna Twitter Ajar Cara Keluarkan Duit Dari Maybank Tanpa Kad ATM. Guna MAE Je!
BACA JUGA: No More OTP, Maybank To Fully Use Secure2u Authentication By June 2023
Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.