Now Reading
Mid Valley Megamall Dibuka Semula Untuk Beroperasi Hari Ini, 18 Mei

Mid Valley Megamall Dibuka Semula Untuk Beroperasi Hari Ini, 18 Mei

Kebenaran untuk Mid Valley Megamall kembali semula beroperasi susulan insiden kebakaran diberikan oleh pihak berkuasa tempatan selepas siasatan penuh selesai dilakukan.

Mid Valley Megamall Dibuka Semula Operasi Hari Ini, 18 Mei

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Semalam (17 Mei), satu insiden kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah pusat membeli-belah Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur.

Kejadian kebakaran itu sempat dirakam oleh orang ramai yang berada di kawasan berhampiran selepas kepulan asap berwarna hitam serta api marak dilihat di luar bangunan tersebut.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan kebakaran tersebut berlaku di Pencawang Masuk Utama (PMU) Mid Valley Megamall dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada pengguna di sekitar pusat membeli-belah itu dan sebahagian kawasan Desa Pantai.

Susulan insiden yang berlaku, pihak Mid Valley City mengambil keputusan untuk menutup buat sementara waktu pusat membeli-belah berkenaan.

BACA JUGA: Mid Valley Megamall Terbakar, Punca Masih Belum Diketahui

Sumber: Twitter @KLCCC_DBKL

Mid Valley Kini Beroperasi Semula Hari Ini, 18 Mei

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Mid Valley Megamall, pihak pengurusan Mid Valley City memaklumkan kesemua pejabat, hotel dan premis perniagaan kini boleh beroperasi semula seperti biasa bermula hari ini (18 Mei).

Kebenaran untuk kembali semula beroperasi diberikan oleh pihak berkuasa selepas melakukan siasatan penuh agar kejadian tidak berulang lagi bagi menjamin keselamatan orang ramai.

Susulan siasatan menyeluruh oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bomba, kami telah menerima kebenaran daripada pihak berkenaan untuk meneruskan operasi seperti biasa. Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kesabaran pelanggan sepanjang tempoh yang mencabar ini.

Mid Valley Megamall

Pihak pengurusan Mid Valley City turut mengucapkan terima kasih atas kesabaran pelanggan mereka serta kerjasama pihak berkuasa tempatan dalam mengawal insiden kebakaran yang berlaku dengan begitu pantas.


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd