Now Reading
JKM Arah Taska Terlibat Kes Dera Bayi Untuk Henti Operasi Serta-merta

JKM Arah Taska Terlibat Kes Dera Bayi Untuk Henti Operasi Serta-merta

Taska yang didakwa terlibat dengan kes pengasuh mendera bayi diarahkan untuk menutup tiga cawangan mereka selepas didapati beroperasi tanpa lesen sah.

Taska Terlibat Kes Pengasuh Didakwa Dera Bayi Di Skudai Kini Ditutup Serta- Merta (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kes penderaan kanak-kanak kembali menjadi topik hangat selepas tular beberapa video menunjukkan seorang pengasuh wanita didakwa mengasari bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, Skudai, Johor.

Pengasuh tersebut dipercayai telah menepuk kepala dan menekap muka bayi menggunakan bantal sebelum menghempasnya ke atas tilam.

BACA JUGA: [Video] Pengasuh Taska Di Skudai Didakwa Dera Bayi Hingga Tekap Muka & Hempas Pada Tilam

Semalam (16 Mei), suspek berusia 21 tahun itu telah ditahan oleh pihak polis dan direman selama empat hari mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan hasil siasatan mendapati kes yang berlaku di sebuah taska itu melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 11 bulan serta kanak-kanak lelaki berusia sembilan bulan.

BACA JUGA: Pengasuh Didakwa Dera Bayi Di Skudai Kini Ditahan Polis & Direman 4 Hari

Sumber: Facebook Polis Daerah Iskandar Puteri

Taska Didapati Tidak Berlesen Dan Diarahkan Untuk Henti Operasi Serta-merta

Menerusi kenyataan dari Polis Daerah Iskandar Puteri, siasatan awal mendapati taska berkenaan juga tidak mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi.

Berikutan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengarahkan taska berkenaan untuk menghentikan operasi mereka secara serta-merta.

Memetik laporan Astro Awani, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail @ Md On turut memaklumkan cawangan taska itu di Jalan Abd Samad dan Gelang Patah juga ditutup.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook (Khairin-Nisa Ismail), beliau telah meninjau taska tersebut pada pagi semalam (16 Mei) selepas didakwa terlibat dalam kes penderan bayi dan bertemu dengan pemiliknya bagi mendapatkan penjelasan.

Saya dapati taska berkenaan masih belum mendapatkan lesen daripada JKM kerana belum mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan bomba. Kalau belum dapat kebenaran daripada ketiga-tiga pihak ini, JKM memang tidak boleh keluarkan lesen.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail @ Md On.

Meskpun pihak JKM sudah menasihati pemilik premis untuk tidak beroperasi tanpa lesen, namun pengusaha masih berdegil dan tetap meneruskan juga operasi mereka tanpa premit yang sah.

Susulan itu, tiga cawangan taska terbabit ditutup serta-merta oleh JKM Negeri Johor mengikut Seksyen 20a Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

Pengusaha boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd