Now Reading
99 Kawasan Di Selangor Bakal Alami Gangguan Air Pada Isnin, 22 Mei

99 Kawasan Di Selangor Bakal Alami Gangguan Air Pada Isnin, 22 Mei

Air Selangor menasihatkan orang ramai yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Air Selangor menerusi satu hantaran di Facebook hari ini (17 Mei) telah memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Pelaksanaan kerja-kerja ini juga bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 99 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Wilayah Kuala Selangor bermula jam 9:00 pagi, 22 Mei 2023 (Isnin).

Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada jam 3:00 pagi, 23 Mei 2023 (Selasa).

Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

Manakala bekalan air pula dijangka bakal pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 24 Mei 2023 (Rabu).

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual adalah seperti berikut:

Kerja-kerja pembaikan kecemasan ini melibatkan paip saluran utama berukuran 2,200mm diameter dan melibatkan kawasan agihan berskala besar. Oleh yang demikian, tempoh pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang agak lama.

Pengurusan Air Selangor menerusi hantaran Facebook.

Walau bagaimanapun, pihak Air Selangor turut memaklumkan sekiranya kebocoran menjadi kritikal, kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah itu akan dimulakan lebih awal daripada tarikh yang telahpun dimaklumkan.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air. Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Pengurusan Air Selangor menerusi hantaran Facebook.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd