Now Reading
[Video] Pihak Polis Buru Lelaki Disyaki Baling Bom Ke Premis Restoran Di Johor Bahru

[Video] Pihak Polis Buru Lelaki Disyaki Baling Bom Ke Premis Restoran Di Johor Bahru

Letupan yang berlaku selepas objek disyaki bom dilempar telah menyebabkan empat cermin tingkap premis perniagaan itu pecah.

baling bom di restoran johor

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Terbaharu, tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang lelaki menaiki sebuah kenderaan telah melemparkan objek disyaki bom ke dalam sebuah premis restoran di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru.

Berdasarkan rakaman dari kamera litar CCTV, kejadian itu berlaku sekitar jam 4:15 pagi pada pagi Sabtu lalu (13 Mei) dan tiada individu dilihat berada di kawasan tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan pihak mereka menerima maklumat berhubung kejadian sekitar jam 5:27 pagi oleh seorang pengadu berusia 35 tahun dipercayai pemilik premis.

Dalam pada itu, anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan turut menerima satu lagi laporan berhubung kejadian sekitar jam 10:00 pagi semalam (14 Mei).

Hasil semakan rakaman CCTV itu mendapati sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di kawasan pagar premis sebelum seorang individu bertindak membaling objek ke dalam lokasi kejadian.

Letupan yang berlaku selepas objek disyaki bom itu dilempar telah menyebabkan empat cermin tingkap premis perniagaan itu pecah.

Sumber: Sinar Harian

Pihak polis kini menjalankan siasatan berhubung kejadian di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan bagi mengesan pelaku.

Pesalah boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun serta denda jika disabitkan kesalahan.

Pihak polis turut meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi talian IPD JBS di 07-2182323 atau boleh juga menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nik Mohamad Amirul Fikrie di talian 011-35202900.

BACA JUGA: Tak Puas Hati Di Bank, Lelaki Lempar Bom Petrol Di Pintu Masuk Bank Kini Ditahan Polis Di Sarawak


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd