Now Reading
LRT Dari Stesen Bandaraya Ke Sentul Timur Kembali Beroperasi Esok, 12 Mei

LRT Dari Stesen Bandaraya Ke Sentul Timur Kembali Beroperasi Esok, 12 Mei

Perkhidmatan operasi tren di enam buah stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petaling akan dibuka semula kepada penumpang bermula 6:00 pagi esok (12 Mei).

LRT Dari Stesen Bandaraya Ke Sentul Timur Kembali Beroperasi Esok, 12 Mei

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perkhidmatan Tren Aliran Ringan (LRT) merupakan pengangkutan penting kepada warga kota yang tinggal di sekitar Lembah Klang untuk ke mana-mana lokasi terutamanya pejabat.

Namun, kerosakan yang berlaku di landasan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling akibat pembengkokan berikutan kerja pembinaan di kawasan berhampiran menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik.

BACA JUGA: LRT Laluan Ampang Alami Kelewatan Akibat Penjajaran Landasan Bengkok

BACA JUGA: APAD Gesa Datuk Bandar Gantung Kerja Pembinaan Bersebelahan Landasan LRT Bengkok

Berikutan itu, Rapid Rail pada 2 April lalu telah menghentikan pengoperasian LRT dari Stesen Masjid Jamek ke Stesen Sentul Timur dan menyediakan perkhidmatan bas perantara kepada para penumpang.

BACA JUGA: More Shuttle Buses Added Between Sentul Timur And Bandaraya LRT Stations

Sumber: Paul Tan’s Automotive News

Rapid KL Umum 6 Stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petaling Bakal Mula Operasi Esok (12 Mei)

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook (Rapid KL), kerja-kerja pembaikan sementara (fasa pertama) struktur jejambat dan landasan telah selesai dilakukan.

Oleh itu, perkhidmatan operasi tren di enam buah stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petaling akan dibuka semula kepada penumpang bermula 6:00 pagi esok (12 Mei).

Enam buah stesen LRT yang terlibat adalah:

  • Bandaraya
  • Sultan Ismail
  • PWTC
  • Titiwangsa
  • Sentul
  • Sentul Timur

Dengan pembukaan semula enam stesen ini, perkhidmatan bas LRT 11,13 dan 14 akan ditamatkan.

Kerja-kerja pembaikan fasa kedua dijangka akan siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober 2023 dan seterusnya operasi perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling akan kembali beroperasi secara normal. Jangkaan ini bergantung kepada penilaian dan kelulusan daripada pihak berkuasa yang terlibat.

Rapid KL.
LRT Dari Stesen Bandaraya Ke Sentul Timur Kembali Beroperasi Esok, 12 Mei
Sumber: Malaysia Rail Transportation

Bagi melancarkan perjalanan penumpang, Rapid Rail akan mengaktifkan semula perkhidmatan bas perantara percuma (Bas LRT 10) yang menghubungkan Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya akibat daripada gangguan perkhidmatan di antara kedua-dua stesen berkenaan.

Perkhidmatan bas perantara ini akan beroperasi menggunakan 10 buah bas dengan kekerapan setiap 10 minit.

Selain itu, penumpang juga mempunyai alternatif lain untuk ke Stesen Hang Tuah iaitu dengan menaiki Laluan Monorel KL dari Stesen Titiwangsa.

Penumpang yang ingin ke Stesen Chan Sow Lin pula boleh menaiki MRT Laluan Putrajaya di Stesen Titiwangsa.


Tren LRT Alami Proses Penyelenggaran Demi Menjaga Keselamatan Penumpang

Sebelum ini, operasi perkhidmatan LRT di enam stesen yang terlibat ini telah diberhentikan sejak 2 April kerana tren-tren yang digunakan didapati tidak memenuhi kriteria dan terpaksa dikeluarkan atas fator keselamatan.

Faktor kegagalan ini adalah disebabkan oleh tren-tren tersebut tidak dapat kembali ke depoh bagi menjalani kerja penyelenggaraan sejak 27 Januari 2023.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd