Now Reading
BNM Naikkan OPR Kepada 3%

BNM Naikkan OPR Kepada 3%

Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk meningkatkan Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR) sebanyak 25 mata asas dari 2.75% kepada 3%.

caruman KWSP 20 peratus

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari ini (3 Mei) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung kenaikan Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR) yang baharu.

Hasil mesyuarat memaklumkan bahawa kadar OPR akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas dari 2.75% kepada 3%.

Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.25% dan 2.75%

BNM dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa prospek pertumbuhan dalam negeri yang terus berdaya tahan, MPC menilai bahawa kini adalah masa yang tepat untuk terus mengembalikan tahap akomodasi monetari ke paras yang wajar.

Sumber: The Edge Market/Twitter

Memandangkan ekonomi Malaysia terus kukuh, MPC mengiktiraf keperluan untuk memastikan bahawa pendirian dasar monetari adalah sesuai untuk mengelakkan risiko ketidakseimbangan kewangan masa hadapan.

Susulan kekukuhan ekonomi Malaysia yang berterusan, MPC juga mengakui perlunya pendirian dasar monetari yang wajar bagi mengelakkan risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan.

Dengan keputusan yang dilakukan ini, MPC telah menarik balik rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis Covid-19 dalam menggalakkan pemulihan ekonomi.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Apa itu Kadar Dasar Semalaman (OPR) Dan Kesan Peningkatannya

Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah elemen yang sangat penting dalam dasar monetari Malaysia dan boleh memberi kesan kepada pelbagai urusan kewangan seperti kadar deposit dan pinjaman, pertukaran matawang asing serta faedah pembiayaan perumahan.

Secara ringkasnya, OPR ialah kadar faedah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada peminjam yang membuatkan pinjaman wang dalam tempoh satu malam.

Dalam operasi harian, rizab wang tunai akan berubah-ubah bergantung kepada aktiviti peminjaman, pengeluaran wang serta deposit oleh pelanggan yang melibatkan pihak bank.

Peningkatan kadar OPR akan menjadikan bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank juga akan bertambah dan kelayakan untuk membuat pinjaman baharu juga akan diperketatkan selepas BNM mengumumkan kadar peningkatan OPR kepada 3%.

Bukan itu sahaja, pembayaran balik untuk pembelian rumah dan pinjaman peribadi juga akan meningkat. Namun, kadar pinjaman kereta yang berkadar tetap tiada perubahan kepada jumlah pembayaran bulanan.

BACA JUGA: Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR)

BACA JUGA: Bagaimana OPR Mengawal Inflasi, Ini Yang Patut Anda Tahu


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd