Now Reading
Individu 17 Tahun Di Kelantan Dikehendaki Gara-gara Video Tular Bawa Motor Dengan Bahaya

Individu 17 Tahun Di Kelantan Dikehendaki Gara-gara Video Tular Bawa Motor Dengan Bahaya

Aksi secara berbahaya itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

wanted

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, baru-baru ini tular satu video menunjukkan dua orang individu berpakaian baju melayu dan baju kurung berwarna biru cair menaiki motosikal yang ditunggang secara bahaya.

Aksi merbahaya yang dilakukan oleh penunggang motosikal tersebut dikenali sebagai ‘wheelie’ di mana ianya ditunggang dengan cara bahaya sambil membonceng seorang wanita di belakang.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, aksi itu tular di media sosial dan dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

Video itu memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu. JSPT Bukit Aman telah mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal tersebut bagi siasatan lanjut. Aksi secara berbahaya itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim.

[WANTED] Individu 17 Tahun Diburu Pihak Polis Gara-gara Aksi ‘Wheelie’

Pihak Polis Daerah Kota Bharu hari ini (26 April) telah mengeluarkan kenyataan kes video tular penunggangan cara bahaya. Menurut kenyataan tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dijalankan.

Bertindak atas maklumat pada 25 April 2023, lebih kurang 5.50 petang, sepasukan polis dari unit 42 bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu telah membuat serbuan rumah di kampung Machang Bubok, Peringat dan telah berjaya merampas dua buah motosikal jenis Honda C-110B berwarna putih dan sepasang baju kurung wanita berwarna biru serta sepasang baju melayu lelaki berwarna biru dipercayai digunakan semasa melakukan aksi merbahaya tersebut.

Mohd Rosdi Bin Daud, ACP Ketua Polis Daerah Kota Bharu.

Mengulas lanjut, pihak polis memaklumkan bahawa kedua-dua suspek gagal ditemui dipercayai telah melarikan diri dan dikenalpasti akan disenaraihitamkan.

Usaha mengesan bagaimanapun sedang giat dijalankan untuk diambil tindakan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa kepada hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000.

Pihak polis dalam masa yang sama menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut tentang kejadian tersebut untuk menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kota Bharu, ASP Ahmad Adnan Mohamad di talian: 09 775 2200 atau tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atau mana-mana balai berdekatan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd