Now Reading
KPT Anjur Majlis Tautan Kasih 2023 Untuk Hargai Peranan Pengamal Media

KPT Anjur Majlis Tautan Kasih 2023 Untuk Hargai Peranan Pengamal Media

Datuk Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, pegawai-pegawai kanan Bahagian dan ketua-ketua Jabatan/Agensi di bawah KPT, serta Naib-naib Canselor dari universiti-universiti di Lembah Klang turut hadir di majlis berkenaan.

KPT

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menghargai 170 pengamal media cetak, elektronik, dan dalam talian melalui Majlis Tautan Kasih Bersama Media yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, semalam (19 April).

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Menteri Pendidikan Tinggi, telah hadir untuk memberi sokongan dan beramah mesra dengan para pengamal media yang hadir.

Sumber: Siti Murni/TRP

Datuk Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, pegawai-pegawai kanan Bahagian dan ketua-ketua Jabatan/Agensi di bawah KPT, serta Naib-naib Canselor dari universiti-universiti di Lembah Klang turut hadir di majlis berkenaan.

KPT melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memberikan sumbangan berupa akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM1,000 kepada 10 anak pengamal media berprestasi tinggi dalam pendidikan tetapi kurang berkemampuan.

Simpan SSPN menawarkan pelbagai kelebihan seperti pelepasan cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful untuk pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen kompetitif serta simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah.

Sumbangan Simpan SSPN Prime ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi pembelajaran, membantu golongan yang memerlukan dalam aspek pendidikan dan menggalakkan penjimatan melalui Simpan SSPN, sekaligus meningkatkan imej positif PTPTN sebagai agensi di bawah KPT.

Pada majlis tersebut, PTPTN juga telah mengadakan Cabutan WOW! Syoknya Raya yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM50,000.00 kepada 23 pemenang bermula 1 Mac sehingga 31 Mei ini.

Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 pada kadar 1% juga sedang berlangsung sehingga 31 Julai 2023 sebagai ganjaran tambahan selain dividen tahunan.

Pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) turut berpartisipasi dalam majlis tersebut dengan berkongsi ilmu mengenai inisiatif pembelajaran sepanjang hayat (PSH), pendidikan fleksibel, dan kursus jangka pendek melalui program APEL.A, APEL.C, APEL.Q, dan mikro-sijil ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi bagi membolehkan pengamal media meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan industri.

Semua jenis APEL ini membolehkan pengalaman lampau individu dinilai dan diiktiraf untuk tujuan akses kemasukan, pemindahan kredit, dan pengiktirafan kelayakan.

Antara kelebihan APEL ialah penjimatan tempoh pengajian dan kos, boleh mendapatkan biasiswa atau pinjaman ketika mengikuti pengajian dan mendapat pengiktirafan setara seperti kelayakan konvensional.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd