Now Reading
Lelaki Warga Tempatan Ditahan Polis, Disyaki Dalang Kebakaran Motor & Skuter Elektrik Depan Suria KLCC

Lelaki Warga Tempatan Ditahan Polis, Disyaki Dalang Kebakaran Motor & Skuter Elektrik Depan Suria KLCC

Seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas dikesan menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dia berada di lokasi kejadian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada petang semalam (13 April), tular video satu kejadian kebakaran dengan api yang marak di ruangan parkir pusat membeli-belah Suria KLCC.

Kebakaran itu telah mengakibatkan sembilan buah motosikal dan empat skuter elektrik hangus dalam kejadian terbabit manakala empat lagi motor mengalami kerosakan.

Beberapa video dan gambar ketika kejadian kebakaran itu berlaku sempat dirakam oleh beberapa orang awam yang berada berhampiran lokasi insiden.

Memetik laporan Harian Metro, Komander Operasi Mohd Iqbal Khan Malek Khan memaklumkan pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran itu sekitar jam 3:45 petang sebelum bergegas ke lokasi.

Kebakaran itu akhirnya berjaya dipadam sepenuhnya oleh pihakk bomba sekitar jam 4:04 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Sementara itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur turut menerima satu laporan berhubung sekitar jam 4:03 petang berhubung kejadian kebakaran yang berlaku berhadapan dengan Suria KLCC.

Pihak polis telah membuka kertas siasatan membabitkan insiden berkenaan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Pihak Polis Menahan Lelaki Tempatan Didakwa Menjadi Dalang Di Sebalik Insiden Kebakaran Depan Suria KLCC

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Polis Noor Dellhan bin Yahaya menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa pasukan polis telah berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun bagi membantu siasatan.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu dikesan di kawasan berhampiran kejadian sebelum kebakaran berlaku.

Beberapa barangan milik suspek turut dirampas termasuklah sehelai baju dan seluar, sepasang sarung tangan, beg, jam tangan serta pemetik api.

Suspek telah ditahan reman selama enam hari bermula hari ini (14 April) sehingga 19 April.

Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak Polis. Setakat ini, pihak Polis telah menerima sebanyak (10) laporan polis daripada pihak yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan bin Yahaya.

Pihak polis turut menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang yang mengakibatkan anda dikenakan tindakan.


Syarikat Beam Perjelas Bahawa Skuter Elektrik Mereka Bukan Punca Kebakaran Di Hadapan Suria KLCC

Kebakaran yang berlaku turut melibatkan beberapa buah skuter elektrik daripada syarikat e-skuter Beam.

Beam menerusi kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan bahawa skuter elektrik mereka itu tidak bertanggungjawab terhadap insiden kebakaran yang berlaku.

Beam telah dimaklumkan bahawa beberapa e-skuter rosak teruk akibat kebakaran yang berpunca daripada motosikal persendirian yang terbakar di kawasan berhampiran. Walau bagaimanapun, kami ingin memberitahu bahawa kenderaan kami bukanlah punca kepada kebakaran tersebut.

Syarikat e-skuter, Beam.

Selain itu, Beam juga menyatakan bahawa keselamatan adalah keutamaan mereka kerana sentiasa mengekalkan penggunaan perkakasan teknologi gred yang berkualiti tinggi.

Ini termasuklah bateri pada setiap e-skuter Beam yang dipasang mengikut pensijilan keselamatan antarabangsa.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd