Now Reading
JPJ Bakal Perkenal Seragam Baharu Lebih Selamat & Tidak Mudah Ditiru

JPJ Bakal Perkenal Seragam Baharu Lebih Selamat & Tidak Mudah Ditiru

Pihak JPJ turut memaklumkan mana-mana pihak yang didapati meniru pakaian seragam JPJ adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan.

uniform jpj

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Untuk pengetahuan umum, setiap Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dibekalkan dengan seragam serba baharu di mana ianya akan lengkap dengan ciri-ciri keselamatan yang tertentu.

Ia bagi memastikan supaya pakaian seragam berkenaan tidak mudah ditiru dan disalahgunakan oleh masyarakat.

Menurut laporan, seragam baharu JPJ ini bakal dilaksanakan sejurus pindaan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023 diwartakan. Pindaan RUU itu bertujuan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membabitkan 13 Fasal.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah menjelaskan bahawa spesifikasi pakaian seragam pegawai JPJ akan ditetapkan di bawah satu perundangan subsidiari dan akan dikawal selia menerusi perundangan tersebut.

Insya-Allah dalam penyediaan pakaian baharu akan disediakan ciri-ciri keselamatan yang boleh membezakan antara pakaian seragam asli dan yang tiruan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan mana-mana pihak yang didapati meniru pakaian seragam JPJ adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan.


Penerangan Logo Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

Imej JPJ sebagai penguatkuasa memiliki penerangan di sebalik kesemua warna serta simbol yang ada pada logonya, iaitu:

  • BIRU– Perkhidmatan yang Mesra, Cekap dan Telus
  • MERAH – Semangat dan Disiplin yang tinggi dalam perkhidmatan
  • KUNING – Perkhidmatan yang berpegang kepada nilai-nilai moral dan etika yang tinggi serta kukuh dalam nilai agama dan kerohanian
  • BULAN DAN BINTANG – Menjunjung perkhidmatan yang berlandaskan pegangan agama yang tinggi
  • BUNGA PADI – Sumbangan ke arah kemakmuran negara melalui kutipan hasil yang cekap dan berkesan
  • BULATAN DI TENGAH-TENGAH – Menjadi peneraju kepada pembangunan sektor pengangkutan jalan raya yang selamat, cekap dan berdisiplin bagi menyokong pembangunan ekonomi dan sosial negara .Bulatan juga melambangkan JPJ sebagai sebuah yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan sentiasa memandang ke hadapan dalam memenuhi keperluan persekitaran yang dinamik.

Sekadar rekod, pada 1 April 1946, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah ditubuhkan yang bertujuan menyelaras segala aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh negeri.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd