Now Reading
Lelaki Putus Tangan Kiri Selepas Main Mercun Buatan Sendiri, Kini Di ICU

Lelaki Putus Tangan Kiri Selepas Main Mercun Buatan Sendiri, Kini Di ICU

Mangsa telah menghasilkan mercun buatan sendiri menggunakan mercun bola serta paip Polyvinyl Chloride (PVC).

Padah Main Mercun Buatan Sendiri, Lelaki Putus Tangan Kiri

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali tiba musim perayaan tidak kiralah sambutan apa sekalipun, mesti suasana akan meriah dengan bunyi mercun dan bunga api.

Kadang kala sampai ke tengah malam mereka bermain mercun itu sehingga mengganggu ketenteraman penduduk setempat.

BACA JUGA: Wanita Ini Perjelas Kenapa Langit Meriah Dengan Percikan Bunga Api Pada Ahad Malam

Namun malang tidak berbau apabila seorang lelaki berusia 27 tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya selepas bermain mercun buatannya sendiri.

Lebih malang lagi, kejadian yang berlaku di Kampung Gong Pak Damat, Kuala Terengganu semalam (10 April) sekitar jam 3:30 pagi telah mengakibatkan tangan kiri mangsa terputus dan beberapa jari tangan kanannya hancur.

Padah Main Mercun Buatan Sendiri, Lelaki Putus Tangan Kiri
Sumber: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa memaklumkan hasil siasatan awal mereka mendapati bahawa mangsa telah menghasilkan mercun buatan sendiri menggunakan mercun bola serta paip Polyvinyl Chloride (PVC).

Bancuhan mercun tersebut telah menyebabkan ia meletup dengan kuat.

Mangsa kemudiannya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) bagi mendapatakan rawatan lanjut.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.


Pihak Polis Pergiat Operasi Menangkap Pengedar Dan Penjual Mercun

Dalam pada itu, Rohaimi menjelaskan kejadian yang berlaku merupakan kes kedua di negeri tersebut sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.

Pihak polis turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam mengedar atau menjual mercun tanpa permit.

Kejadian tersebut merupakan kes kedua pada tahun ini yang berlaku di Terengganu yang menyebabkan kecederaan akibat bermain mercun. Usaha untuk menangkap pengedar dan penjual mercun kini giat dijalankan.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa.

Sehingga kini, sebanyak 17 kes pertuduhan melibatkan rampasan mercun sekitar Terengganu dengan jumlah RM18,835.

Pesalah yang ditangkap boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd