Now Reading
Rafizi Ramli Tampil Bersuara, Perjelas 4 Sebab Kenapa Kerajaan Tak Benar Wang KWSP Dikeluarkan

Rafizi Ramli Tampil Bersuara, Perjelas 4 Sebab Kenapa Kerajaan Tak Benar Wang KWSP Dikeluarkan

Rafizi memaklumkan bahawa kerajaan bukan memilih jalan singkat semata-mata untuk meraih populariti sementara dan meninggalkan beban masalah kepada pimpinan lain di masa hadapan untuk diselesaikan.

rafizi ramli kwsp

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, isu desakan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini sudah menjadi topik hangat yang seringkali diperbahaskan oleh rakyat Malaysia.

Jika sebelum ini, pengeluaran i-Sinar tanpa syarat dengan jumlah maksimum RM10,000 dibenarkan dan bayaran telah dikeluarkan secara berperingkat bermula 2 Mac 2021.

BACA JUGA: Perlukah Pengeluaran KWSP Dibenarkan Sekali Lagi?

Dan pada 15 Januari lalu pula, sebuah badan bukan kerajaan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) telah mengemukakan Resolusi Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar kerajaan membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP.

Menurut ProRakyat, resolusi yang disampaikan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin itu berharap dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.

ProRakyat telah memohon agar wang simpanan KWSP dapat dikeluarkan antara jumlah RM10,000 sehingga RM30,000 secara ‘one-off’ sebagai langkah jangka masa pendek kepada individu yang mengalami masalah kewangan.

Desakan tersebut bagaimanapun ditentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menurut beliau, kerajaan perlu mempertimbangkan semula nasib serta masa depan pencarum sekiranya pengeluaran KWSP dibenarkan buat kali kedua.

BACA LANJUT: “Lebih Baik Kami Cari Jalan Lain” – Anwar Ibrahim Jawab Isu Desakan Pengeluaran KWSP


Rafizi Ramli Tampil Bersuara, Perjelas 4 Sebab Kenapa Kerajaan Tak Benar Wang KWSP Dikeluarkan

Semalam (3 April) menerusi sebuah video berdurasi 2:56 di akaun Twitter Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli membahaskan tentang isu mengapa pihak kerajaan tidak membenarkan pengeluaran bersasar KWSP.

Menurut Rafizi menerusi video tersebut, ia adalah kerana kerajaan bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.

Beliau dalam masa yang sama menjelaskan bahawa kerajaan bukan memilih jalan singkat semata-mata untuk meraih populariti sementara dan tinggalkan beban masalah kepada pimpinan lain di masa hadapan untuk diselesaikan.

Pagi tadi (3 April), beberapa ahli parlimen pembangkang protes keluar dewan bila Timbalan Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan usul pengeluaran bersasar KWSP dibahaskan hari ini. Ini sebab mereka tidak faham atau tidak ambil berat masa depan rakyat. Jadi, saya nak jelaskan sikit kenapa kerajaan tidak membenarkan KWSP dikeluarkan secara bersasar.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Antara 4 sebab yang dijelaskan oleh Rafizi adalah:

  1. KWSP diwujudkan untuk pencarum mempunyai simpanan di hari tua.
  2. Menghadkan keupayaan KWSP untuk mempelbagai dan mengukuhkan strategi pelaburan demi mendapat keuntungan yang lebih baik.
  3. Kesan kepada pencarum lain walaupun mereka tidak keluarkan wang KWSP kerana pulangan secara keseluruhan akan menjadi rendah.
  4. Sekiranya pencarum mati sekalipun, simpanan dalam KWSP akan dapat kepada waris.

“Chaos”

Menurut laporan, pembukaan sesi Dewan Rakyat pada pagi semalam (3 April) menyaksikan kekecohan apabila hampir kesemua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bertindak meninggalkan dewan tersebut.

Tindakan berkenaan dilakukan selepas Dewan Rakyat menolak usul dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membincangkan mengenai pengeluaran wang KWSP secara bersasar.

Wan Ahmad Fayshal menjelaskan bahawa usul yang dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul pada Jumaat lalu telah ditolak atas alasan isu itu sudah dijelaskan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta timbalannya sebelum ini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd