Now Reading
Wanita 72 Tahun Maut Dilanggar Kereta Ketika Berjalan Ke Masjid

Wanita 72 Tahun Maut Dilanggar Kereta Ketika Berjalan Ke Masjid

Pihak polis bagaimanapun sedang mengesan dan mengenal pasti kenderaan yang melanggar mangsa dan pemandu itu masih belum tampil membuat laporan polis.

warga emas dilanggar ke masjid

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada Ahad (26 Mac) lalu, satu kejadian menyayat hati telah dilaporkan berlaku melibatkan seorang wanita warga emas berusia 72 tahun yang dilanggar ketika dalam perjalanan untuk ke masjid.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8:50 malam di jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan berhadapan dengan Masjid Rhu Muda, Kampung Seberang Marang.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Md Dris berkata, insiden itu menyebabkan mangsa, Esah Awang, 72, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Pihak polis memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati kemalangan terjadi ketika mangsa sedang berjalan dari arah kediamannya yang terletak di sebelah pantai untuk melintas jalan ke Masjid Rhu Muda terletak di seberang jalan.

Semasa melintas jalan, mangsa telah dilanggar oleh sebuah kereta dipercayai datang dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu. Pihak polis sedang mengesan dan mengenal pasti kenderaan yang melanggar mangsa dan pemandu itu belum tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Md Dris menerusi Sinar Harian.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd