Now Reading
PM Umum Tambang Percuma MRT Laluan Putrajaya Dari 16 Hingga 31 Mac

PM Umum Tambang Percuma MRT Laluan Putrajaya Dari 16 Hingga 31 Mac

Tambang percuma itu melibatkan 36 stesen dalam laluan MRT Putrajaya ini yang bermula dari Stesen Kwasa Damansara ke Purajaya Sentral.

PM Umum Tambang MRT Laluan Putrajaya Percuma Dari 16 Hingga 31 Mac

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sempena dengan pembukaan MRT Laluan Putrajaya pada hari ini (16 Mac), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambang percuma kepada semua pengguna bermula 16 sehingga 31 Mac ini.

Tambang percuma itu melibatkan 36 stesen dalam laluan MRT Putrajaya ini yang bermula dari Stesen Kwasa Damansara ke Purajaya Sentral.

Pengumuman tersebut dibuat ketika Anwar merasmikan Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya di Depot MRT Serdang.

Perkhidmatan MRT ini akan mula dibuka kepada orang ramai bermula jam 3:00 petang hari ini.

Laluan MRT Putrajaya ini dibina dengan jarak 57.7 kilometer dan mempunyai 36 stesen termasuklah 10 stesen pertukaran dan stesen sambungan seperti Cyberjaya, Titiwangsa, Ampang Park, Chan Sow Lin dan Sungai Besi.

Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan bahawa Kementerian Penganguktan akan membentangkan satu strategi pengangkutan awam yang lebih menyeluruh bagi meringankan beban rakyat secara umum.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd