Now Reading
Kerajaan Beri Cadangan Pencarum Buat Pinjaman Bank Guna Wang Simpanan KWSP

Kerajaan Beri Cadangan Pencarum Buat Pinjaman Bank Guna Wang Simpanan KWSP

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kaedah berkenaan hanya untuk mereka yang terdesak memerlukan wang.

KWSP CAGARAN

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi topik hangat dalam perbualan masyarakat di Malaysia.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tiada pengeluaran wang KWSP dibenarkan.

Tetapi beliau memaklumkan pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi sumbangan caruman sebanyak RM500 dalam Akaun 1 ahli KWSP berusia 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan KWSP kurang dari RM10,000.

BACA JUGA: Bajet 2023: Kerajaan Sumbang RM500 Dalam Akaun 1 Buat Ahli KWSP


Kerajaan Saran Peminjam Bank Guna Caruman KWSP Sebagai Cagaran

Memetik laporan Sinar Harian, kerajaan telah memperkenalkan satu kaedah yang membolehkan peminjam bank membuat cagaran dengan menggunakan caruman KWSP.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kaedah berkenaan hanya untuk mereka yang terdesak memerlukan wang.

Anwar juga masih tegas dengan prinsipnya bahawa wang simpanan KWSP itu adalah untuk kegunaan ketika hari tua akan datang.

Sumber: MalayMail

Tambah beliau lagi, beberapa negara lain yang menyediakan kemudahan pengeluaran dana persaraan ketika kelonggaran diberikan sewaktu tempoh pandemik Covid-19 juga telah menghentikan inisiatif berkenaan.

Pada prinsipnya saya tidak setuju pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat. Namun, saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang bagi pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak untuk pinjaman daripada bank dengan kolateral atau jaminan cagaran daripada wang KWSP.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah beliau semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat semalam (9 Mac) berpendapat, keputusan itu merupakan langkah yang terbaik buat masa ini.

Ini adalah langkah yang terbaik untuk masa sekarang kerana banyak negara yang membenarkan dana persaraan dikeluarkan juga telah membatalkan kemudahan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumber: MalayMail

Terdahulu, kerajaan juga telah membenarkan para suami untuk membuat pindahan caruman sebanyak 2% ke dalam Akaun 1 KWSP milik isteri menerusi i-Sayang.

Inisiatif tersebut membolehkan suami memindahkan caruman syer mereka ke dalam akaun KWSP isteri secara sukarela setiap bulan.

Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan oleh para suami (pemberi) kepada isteri mereka melainkan jika berlakunya perceraian atau kematian isteri (penerima).

BACA JUGA: Suami Boleh Carum 2% Syer KWSP Kepada Isteri Menerusi i-Sayang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd