Banjir Johor: Kerajaan Umum Moratorium Hingga 6 Bulan Kepada Mangsa Banjir
Tiga bank yang terlibat dalam memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di Johor adalah Malayan Bank Berhad (Maybank), CIMB Bank Berhad (CIMB) dan Agrobank.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Banjir yang melanda beberapa daerah di negeri Johor telah menjejaskan hampir 50,000 mangsa daripada 14,419 keluarga dan mereka dipindahkan ke 264 pusat pemindahan sementara (PPS).
Antara daerah di Johor yang terjejas teruk akibat banjir adalah di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Muar dan Kota Tinggi.
Bencana yang melanda Johor ini sudah semestinya membimbangkan ramai pihak termasuklah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menteri Besar Johor Mohon Moratorium Kepada Mangsa Banjir
Beliau dalam ciapan dimuat naik di laman Twitter (@onnhafiz) meluahkan rasa bimbang dengan nasib mangsa yang terjejas di Johor kerana mereka sudah dua kali ditimpa bencana banjir pada tahun ini.
Menurut beliau, bencana ini telah mengakibatkan berlakunya banyak kerosakan seperti kereta, perabot, barangan elektrik dan sebagainya.
Oleh disebabkan itu, Menteri Besar Johor dengan penuh rendah hati merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mempertimbangkan moratorium sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan kepada mangsa yang terjejas.
Besar harapan Kerajaan Negeri agar mangsa-mangsa banjir ini boleh diberikan sedikit kelegaan dari segi moratorium dalam tempoh tiga hingga enam bulan. Jutaan terima kasih saya dahulukan kepada YAB Perdana Menteri diatas pertimbangan.
Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.
Tambah beliau, moratorium itu diharapkan dapat meringankan beban mangsa banjir yang mempunyai pinjaman daripada institusi perbankan.
MORATORIUM
— Onn Hafiz Ghazi (@onnhafiz) March 6, 2023
Umum mengetahui, untuk tahun ini sahaja ramai rakyat Johor yang terpaksa melalui ujian banjir yang amat mencabar bukan hanya sekali, tetapi dua kali.
Bencana sebegini sudah tentu memberikan impak kewangan yang cukup besar kepada mereka.
1/5 pic.twitter.com/94GNpV1xGA
Perdana Menteri Umum Moratorium Melibatkan Tiga Bank Kepada Mangsa Banjir Di Johor
Memetik laporan Harian Metro, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Parlimen hari ini (7 Mac) mengumumkan bahawa tiga buah bank bersetuju untuk memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di Johor.
Tiga buah bank yang terlibat adalah:
- Malayan Bank Berhad (Maybank).
- CIMB Bank Berhad (CIMB)
- Agrobank
Dengan langkah ini, semalam dan hari ini kita menghubungi bank-bank lain supaya mengikuti langkah yang diambil.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, Anwar turut menjawab persoalan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kasim berkaitan pelaksanaan darurat banjir yang tidak dilakukan di Johor.
Menurut beliau, darurat tidak diisytiharkan di Johor kerana kawasan yang dahulunya terputus kini dapat dihubung semula.

Menteri Besar Johor Ucap Terima Kasih Kepada Anwar Ibrahim Atas Keprihatinan Terhadap Mangsa Banjir
Onn Hafiz dalam ciapan terbaharu di laman Twitter (@onnhafiz) mengucapkan terima kasih keapda Anwar Ibrahim atas keprihatinan beliau terhadap mangsa-mangsa banjir di Johor.
Bukan setakat menyediakan moratorium, malah kerajaan juga telah memperuntukkan bantuan tambahan sebanyak RM50 juta bersama RM10 juta yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi pengurusan banjir di Johor.
Alhamdulillah, semua ini untuk kemaslahatan dan kebajikan mangsa-mangsa banjir di Johor. Kerajaan Negeri Johor dengan rasa rendah hati mengucapkan jutaan penghargaan kepada seluruh kementerian dan pentadbiran Kerajaan Persekutuan atas bantuan yang diberi.
Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.
Selain itu, Perdana Menteri juga akan menyegerakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di 3 daerah iaitu Batu Pahat, Segamat dan Kota Tinggi bernilai melebihi RM600 juta.
Syukur Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri @anwaribrahim diatas keprihatinan beliau kepada mangsa-mangsa banjir di Johor.
— Onn Hafiz Ghazi (@onnhafiz) March 7, 2023
1/6 pic.twitter.com/7h9xC3fnzO
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.