Now Reading
AirAsia Umum Penerbangan Tambahan Istimewa Dengan Harga Rendah Tetap Sempena Hari Raya Aidilfitri

AirAsia Umum Penerbangan Tambahan Istimewa Dengan Harga Rendah Tetap Sempena Hari Raya Aidilfitri

Tempahan akan dibuka bermula hari ini (7 Mac) pada jam 6 petang, sehingga 30 April 2023 untuk perjalanan antara 19 hingga 21 April 2023 dan 28 hingga 30 April 2023.

airasia balik kampung fares

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Untuk pengetahuan umum, AirAsia baru sahaja mengumumkan “Balik Kampung with Fixed Fares” di sebuah majlis yang diadakan di redQ, klia2. Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Penerbangan tambahan pada tambang rendah tetap istimewa ini diumumkan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Balik kampung dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan Sabah pada harga serendah RM199* dan RM249* – tersedia untuk tempahan bermula hari ini (7 Mac), 6 petang, sehingga 30 April 2023 untuk perjalanan antara 19 hingga 21 April 2023 dan 28 hingga 30 April 2023.

Penerbangan tambahan ini tersedia untuk beberapa destinasi seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri di Sarawak dan Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau di Sabah. Para tetamu juga boleh menempah penerbangan dari Johor Bahru ke Miri, Sibu, Kuching dan Kota Kinabalu pada tambang tetap ini.

AirAsia juga telah bekerjasama dengan BigPay untuk menawarkan pengguna BigPay diskaun 5% untuk semua penerbangan AirAsia selama setahun dengan menggunakan kod promosi “BIGPAY5”.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Ini adalah kali kedua saya merasmikan ‘tambang tetap’ khas AirAsia sempena musim perayaan pada tahun ini, dan saya berbesar hati kerana AirAsia kekal dengan komitmennya dalam menyokong inisiatif kerajaan untuk menurunkan tambang semasa tempoh perjalanan puncak ini. Kita telah berganding bahu sebagai sebuah negara dalam mengatasi pelbagai cabaran pada beberapa tahun kebelakangan ini dan saya berbesar hati untuk melihat AirAsia terus menawarkan pilihan perjalanan pada tambang rendah untuk semua. Saya berharap pemain industri lain akan turut mengikuti inisiatif ini dan mengurangkan kos perjalanan ‒ terutamanya semasa tempoh perayaan supaya lebih ramai orang dapat balik kampung dan beraya bersama-sama rakan dan keluarga mereka.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

AirAsia Komited Untuk Kekalkan Harga Tiket Penerbangan Yang Berpatutan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam turut berkata, “AirAsia kekal komited untuk menghubungkan para tetamu dengan keluarga mereka pada tambang berpatutan terutamanya ketika musim perayaan di mana lazimnya industri pelancongan menyaksikan kenaikan harga.

“Misi dan visi kami untuk membolehkan orang ramai, khususnya rakyat Malaysia untuk terbang ke destinasi pilihan mereka masih kekal sejak tahun 2001 sehingga kini.

“Sebanyak 164 pesawat kami telah beroperasi pada peringkat kumpulan dan jumlah pesawat kami akan kembali kepada kapasiti penuh iaitu 229 pesawat dalam beberapa bulan akan datang, di mana kami akan dapat menerbangkan lebih ramai tetamu pada tambang bernilai hebat.

“Kembali kepada paras pra-pandemik adalah sesuatu yang tidak mudah namun kami terus berusaha untuk mengatasi cabaran-cabaran itu. Sepanjang 21 tahun yang lalu, kami telah menerbangkan hampir 800 juta tetamu pada tambang yang tiada tandingan dan telah menawarkan beberapa kempen tambang rendah tetap pada musim perayaan,” jelasnya.


Nota Penting:

Anda yang melakukan perjalanan semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam lebih awal daripada waktu perlepasan yang dijadualkan (untuk perjalanan domestik) bagi mengelakkan kesesakan.

Anda juga amat digalakkan untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan bagi pengalaman perjalanan lebih lancar.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd