Now Reading
Bakal Penghuni PPR Perlu Hadir Kursus Kesedaran Sivik Sebelum Ambil Kunci Rumah

Bakal Penghuni PPR Perlu Hadir Kursus Kesedaran Sivik Sebelum Ambil Kunci Rumah

Salah satu intipati dalam kursus kesedaran sivik yang perlu dihadiri oleh bakal penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah tentang kepentingan membayar yuran penyelenggaraan.

Bakal Penduduk PPR Perlu Hadir Kursus Kesedaran Sivik Sebelum Dibenar Ambil Kunci Rumah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan inisiatif kerajaan bagi mewujudkan kediaman mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah (B40).

Menerusi pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membaik pulih keadaan supaya lebih selamat bagi penduduk PPR.

Peruntukan tersebut termasuklah kos untuk menyelenggara lif-lif yang rosak dan usang dengan kos RM1.2 juta diberikan.

Kerosakan lif di PPR sebelum ini pernah menjadi isu dalam kalangan penduduk kerana mereka dikatakan terpaksa menggunakan tangga untuk ke tingkat yang tinggi kerana lif sedia ada sudah rosak.

BACA JUGA: “Kaki Saya Kat Kubur Yang Sakit” – Bengang Lif Rosak, Wanita OKU Ini Bagi Kata-kata ‘Pedas’


Bakal Pemilik Rumah PPR Diminta Hadir Kursus Kesedaran Sivik Sebelum Terima Kunci Rumah

Kesedaran sivik dalam kalangan penduduk perumahan adalah sangat penting.

Oleh itu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mewajibkan kesemua bakal penghuni PPR untuk menghadiri kursus kesedaran sebelum menerima kunci rumah.

Memetik laporan Astro Awani, kursus tersebut dilakukan bagi memberi kesedaran tentang hidup berkomuniti dan adab berjiran dalam kalangan penduduk PPR.

Bakal Penduduk PPR Perlu Hadir Kursus Kesedaran Sivik Sebelum Dibenar Ambil Kunci Rumah
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. (Sumber: MalayMail)

Selain itu, kursus berkenaan akan meliputi pendedahan tentang kepentingan membayar yuran penyelenggaraan, penjagaan kebersihan serta mengelakkan aktiviti vandalisme yang boleh merosakkan kemudahan.

Kesedaran sivik yang tinggi akan menjadikan komuniti tersebut lebih mesra alam dan mesra komuniti. Sebab itulah mereka perlu menghadiri kursus kesedaran sivik kerana semua pihak perlu memahami tanggungjawab penghuni dalam menjaga kemudahan yang disediakan. Oleh itu, sebelum ambil kunci rumah kena hadir kursus.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Dalam pada itu, Nga turut memaklumkan kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2023 akan memperuntukkan sebanyak RM367 juta bagi pembangunan PPR yang baharu dan dianggarkan seramai 12,400 penghuni akan menerima manfaat tersebut.

Bakal Penduduk PPR Perlu Hadir Kursus Kesedaran Sivik Sebelum Dibenar Ambil Kunci Rumah
Sumber: Astro Awani

Selain itu, kira-kira 100,000 orang penghuni di 56 PPR pula bakal menikmati Internet secara percuma selama sembilan bulan.

Terdahulu, seramai 1,488 orang penduduk di PPR Bagan Jaya, Pulau Pinang terlibat dalam inisiatif kerajaan yang diberi nama Program Jendela@PPR.

Menerusi program berkenaan, penghuni PPR boleh menggunakan kemudahan akses Internet secara percuma selama sembilan bulan.

BACA JUGA: KPKT Beri Internet Percuma 9 Bulan Kepada 1,488 Penduduk PPR Di Bagan Jaya, Pulau Pinang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd