Now Reading
Pasar Raya Giant & Cold Storage Kini Hak Milik Syarikat Malaysia

Pasar Raya Giant & Cold Storage Kini Hak Milik Syarikat Malaysia

Peralihan jenama pasar raya Giant dan Cold Storage melibatkan usahawan Datuk Andrew Lim serta DFI Retail Group akan dijangka selesai awal bulan Mac 2023.

Pasar-Raya-Giant-Cold-Storage-Kini-Hak-Milik-Syarikat-Malaysia-4

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Di Malaysia, ada pelbagai jenis pasar raya yang menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan harian mereka seperti bekalan makanan, minuman, pencuci pakaian dan sebagainya.

Walaupun hampir kesemua pasar raya menjual barangan yang sama, tetapi harga yang ditawarkan agak sedikit berbeza.

Antara pasar raya yang menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah:

  • Giant
  • AEON
  • MYDIN
  • Lotus’s
  • Village Grocer
  • Jaya Grocer

Selain itu , Pasar Mini 99 Speedmart juga menjadi lokasi tumpuan orang ramai jika mereka mahu membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit.

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Sejarah Pasar Mini 99 Speedmart Yang Ramai Tak Tahu

BACA JUGA: Mydin: Bagaimana Dari Sebuah Kedai Runcit Kecil Menjadi Pasar Raya Terkenal Di Malaysia


Pasar Raya Giant Dan Cold Storage Kini Dimiliki Syarikat Tempatan Di Malaysia

Baru-baru ini, seorang ahli perniagaan dan juga usahawan Datuk Andrew Lim yang merupakan ketua kepada syarikat tempatan terkemuka di Malaysia telah memetetai perjanjian dengan Dairy Farm International Ltd (DFI) Hong Kong.

Perjanjian tersebut melibatkan pengambil alihan secara keseluruhan perniagaan makanan DFI di Malaysia termasuklah jenama pasar raya terkenal iaitu Giant dan Cold Storage.

Memetik laporan Astro Awani, peralihan tersebut dijangka akan selesai awal bulan Mac 2023.

Pasar-Raya-Giant-Cold-Storage-Kini-Hak-Milik-Syarikat-Malaysia-4
Sumber: Retail News From Asia

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DFI Retail Group Asia Tenggara Chris Bush, beliau yakin dengan kepimpinan syarikat tempatan di bawah Andrew Lim untuk terus menerajui kejayaan kedua-dua jenama itu.

DFI dalam satu kenyataannya memaklumkan pihak mereka yakin untuk menyerahkan jenama Giant dan Cold Storage kepada Andrew Lim selepas melihat perkembangan kejayaan syarikatnya.

Kami amat gembira apabila dapat memastikan peralihan perniagaan makanan ini diberi kepada syarikat tempatan yang dihormati serta berjaya dengan mengekalkan kakitangan berdedikasi syarikat. Kami mendoakan yang terbaik kepada pemilik baharu serta semua rakan sekerja kami di masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif DFI Retail Group Asia Tenggara Chris Bush.
Pasar-Raya-Giant-Cold-Storage-Kini-Hak-Milik-Syarikat-Malaysia-4
Sumber: Times Out

Selain itu, kedua-dua syarikat juga mempunyai fokus sama iaitu untuk menyediakan barangan berkualiti serta perkhidmatan yang hebat kepada para pelanggan.

DFI yakin pemilik tempatan berpengalaman seperti Andrew Lim akan memberi manfaat serta perubahan positif kepada pelanggan dan kakitangan Giant, Cold Storage dan Mercato. Perkembangan positif ini sudah pasti akan menjana pertumbuhan masa depan berdasarkan pengetahuan pasaran yang mendalam, pelaburan jenama dan kekuatan daya saing untuk membentuk landasan kukuh.

DFI Retail Group.

DFI menjelaskan bahawa kesemua 2,500 kakitangan sedia ada di bawah jenama Giant dan juga Cold Storage akan diambil oleh syarikat tempatan di bawah pimpinan Andrew Lim.

Dalam pada itu, DFI Group akan terus mengendalikan sepenuhnya jenama Guardian Health and Beauty dan sedang dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di Malaysia dalam tempoh dua tahun ini.


Andrew Lim Berterima Kasih Kepada DFI Kerana Yakin Dengan Syarikatnya Untuk Kendalikan Giant Dan Cold Storage

Pasar-Raya-Giant-Cold-Storage-Kini-Hak-Milik-Syarikat-Malaysia-4
Sumber: Focus Malaysia/ KLSE Screener

Sementara itu, Andrew Lim turut berterima kasih kepada DFI Retail Group kerana memberi kepercayaan kepada syarikatnya bagi memajukan jenama runcit yang terkenal di Malaysia.

Kami, bersama-sama dengan 2,500 rakan serta teman sekerja yang baharu ini akan berusaha sebaik mungkin untuk menambah nilai dan meningkatkan ekuiti jenama Cold Storage, TMC, Giant dan Mercato di Malaysia.

Ahli perniagaan dan usahawan, Datuk Andrew Lim.

Untuk pengetahuan anda, Andrew Lim juga menggalas jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Kumpulan SOGO Department Store Sdn Bhd dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan GAMA yang memiliki serta mengendalikan jenama GAMA Supermarket & Departmental Store di Pulau Pinang.

BACA JUGA: Crazy Rich Singaporean: Pengasas Shopee Individu Terkaya Di Singapura

BACA JUGA: Jasa Pengasas Lembaga Tabung Haji Banyak Bantu Rakyat Malaysia Tunai Haji


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd