Now Reading
Bajet 2023: Kerajaan Sumbang RM500 Dalam Akaun 1 Buat Ahli KWSP

Bajet 2023: Kerajaan Sumbang RM500 Dalam Akaun 1 Buat Ahli KWSP

Caruman ini hanya diberikan kepada ahli KWSP antara usia 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan KWSP kurang dari RM10,000 dalam Akaun 1 mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Topik tentang pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat.

BACA JUGA: Perlukah Pengeluaran KWSP Dibenarkan Sekali Lagi?

Menerusi pembentangan Bajet 2023 pada hari ini (24 Februari), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tiada pengeluaran wang KWSP dibenarkan.

Namun, beliau memaklumkan pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi sumbangan caruman sebanyak RM500 dalam Akaun 1 ahli KWSP.

Caruman ini hanya diberikan kepada ahli KWSP antara usia 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan KWSP kurang dari RM10,000 dalam Akaun 1 mereka.

“Setelah negara dibelenggu dengan musibah pandemik COVID-19, rakyat terpaksa
beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung
keperluan hidup sewaktu pandemik.

“Kini setelah rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan yang diterima untuk menyera kehidupan sementara simpanan hari tua masih rendah.

“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

“Pada masa yang sama, Kerajaan berharap Rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023.

BACA JUGA: Bajet 2023: Kerajaan Perpaduan Peka Kepada Keperluan Ibu Bekerja

BACA JUGA: Bajet 2023: Inisiatif Pas Bulanan My50 Untuk Pengguna Rel & Bas Diteruskan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd