Bajet 2023: Kerajaan Akan Perkenal Cukai Barang Mewah
Tambah Anwar, kerajaan akan meneliti duti eksais ke atas cecair vape yang mengandungi nikotin.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2023 hari ini berkata kerajaan bercadang memperkenalkan Cukai Barang Mewah mulai tahun ini. Antaranya jam tangan mewah dan berfesyen tinggi.
Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan mekanisme percukaian itu.
Sementara itu, Anwar berkata kerajaan akan meneliti duti eksais ke atas cecair vape yang mengandungi nikotin.
“Walaupun vape dengan nikotin masih haram, realitinya ia dijual secara meluas dan dianggarkan bernilai RM2 bilion ringgit. Adalah baik jika ia dikawal dan dikenakan cukai dalam usaha untuk tidak menggalakkan penggunaan vape,” katanya.
Beliau juga berkata kerajaan menyokong rang undang-undang permainan akhir generasi (GEG) dan bersetuju bahawa separuh daripada duti eksais yang dikutip akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan.
BERITA LANJUT MENYUSUL.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.