Now Reading
Remaja Warga Asing Terkunci 6 Hari Dalam Kontena Selamat Pulang Ke Negara Asal

Remaja Warga Asing Terkunci 6 Hari Dalam Kontena Selamat Pulang Ke Negara Asal

Remaja lelaki warga asing itu dihantar pulang ke Dhaka, Bangladesh menaiki pesawat komersial dengan ditemani oleh beberapa orang pegawai kedutaan negara tersebut.

Remaja Warga Asing Terperangkap Dalam Kontena Selamat Pulang Ke Negara Asal

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 17 Januari lalu, seorang remaja lelaki warga asing dikenali sebagai Ratul Islam Fahim telah dijumpai di dalam kontena ketika tiba di Pelabuhan Barat, Klang sekitar jam 7:30 malam.

Remaja berusia 16 tahun itu dipercayai terkunci selama enam hari di dalam kontena berkenaan selepas ingin berehat dan akhirnya tertidur di dalam kontena yang terbuka di depoh Bangladesh.

Hasil pemeriksaan mendapati remaja berpakaian lusuh itu mengalami demam dan telah dibawa ke hospital menaiki ambulans untuk membuat pemeriksaan lanjut.

BACA JUGA: Warga Asing Terperangkap 6 Hari Dalam Kontena Dari Bangladesh Ke Malaysia Gara-gara Tertidur

Sumber: Twitter @jabatannetizenmalaysia

Remaja Terperangkap Dalam Kontena Selamat Kembali Ke Bangladesh

Remaja lelaki warga asing yang diselamatkan selepas terperangkap di dalam kontena selama enam hari telah dihantar pulang ke negara asalnya semalam (21 Februari).

Sebelum berangkat pulang, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sempat bertemu dengan remaja tersebut di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Memetik laporan Free Malaysia Today, remaja itu dihantar pulang ke Dhaka, Bangladesh selepas menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Remaja warga asing itu dihantar pulang dengan menaiki pesawat komersial pada jam 7:45 malam semalam (20 Februari) dengan ditemani oleh beberapa orang pegawai kedutaan Bangladesh.

Remaja Warga Asing Terperangkap Dalam Kontena Selamat Pulang Ke Negara Asal
Sumber: Twitter @saifnasution

Proses Urusan Dokumen Untuk Hantar Remaja Warga Asing Pulang Ambil Tempoh Sebulan

Selepas selesai menerima rawatan, Dr Hartini Zainudin dari Yayasan Chow Kit juga telah meminta kebenaran untuk menempatkan remaja berkenaan dalam jagaan yayasannya selepas dipersetujui oleh pihak kementerian.

Kementerian Dalam Negeri turut menghubungi Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia untuk menguruskan dokumen bagi menghantar remaja warga asing itu pulang ke negara asalnya.

Alhamdulillah, harini Fahim pulang ke pangkuan keluarga. Terima kasih kepada Jabatan Imigresen Malaysia, TYT Md. Golam Sarwar (Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia), Dr Hartini dari Yayasan Chow Kit dan semua yang bantu melancarkan urusan ini. Selamat jalan Fahim.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifudin juga memaklumkan bahawa proses untuk menghantar pulang remaja berkenaan mengambil masa kira-kira satu bulan.

Kisah tentang remaja ini turut dikongsikan sendiri oleh Saifuddin di laman Twitter beliau (@saifnasution).


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd