Now Reading
Pemuda Bersatu Gesa Kerajaan Bayar Elaun Pelajar Internship

Pemuda Bersatu Gesa Kerajaan Bayar Elaun Pelajar Internship

Kenyataan itu merupakan respon balas kepada Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) yang menolak cadangan mewajibkan pemberian elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri (internship) di sektor swasta.

elaun internship

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


EXCO ARMADA Bersatu Nasional, Harris Idaham Rashid menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 18 Februari meluahkan hasrat agar pihak kerajaan memperkenalkan elaun minimum untuk para pelajar yang sedang menjalani latihan industri (internship).

Harris menerusi kenyataan sama berharap agar libat urus di antara pihak kerajaan dan pemegang taruh dijalankan dalam masa terdekat ini supaya satu kata putus dapat dicapai secepat mungkin.

ARMADA BERSATU berpendapat bahawa anak muda tidak boleh dijadikan buruh kasar di Negara sendiri. Kita harus sedar bahawa pelajar internship juga perlu membiayai kos untuk hadir ke pejabat sama seperti pekerja lain. Syarikat swasta mengutip untung hasil daripada tenaga kerja termasuk pelajar internship. Syarikat juga telah menjimatkan satu amaun yang signifikan dengan mengambil pelajar internship untuk berkhidmat. Maka wajar untuk Kerajaan mewajibkan satu elaun minima diberikan.

EXCO ARMADA Bersatu Nasional, Harris Idaham Rashid.

Tegas beliau lagi, industri di Malaysia harus bergerak mengikut peredaran zaman, dan sudah tiada ruang untuk syarikat memperolehi perkhidmatan percuma daripada manusia.

EXCO ARMADA Bersatu Nasional, Harris Idaham Rashid.

“Selari dengan cita-cita Malaysia untuk menjadi Negara maju, isu asas seperti menghormati tenaga keringat anak muda yang sedang menimba pengalaman berkerja harus diselesaikan dengan tuntas,” ujar Harris.


Respon Balas Kepada Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Untuk rekod, kenyataan yang dikeluarkan oleh EXCO ARMADA itu merupakan respon balas kepada Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) yang dikatakan telah menolak cadangan untuk mewajibkan pemberian elaun buat para pelajar yang sedang menjalani latihan industri di sektor swasta.

Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman dilaporkan menjelaskan bahawa kerajaan sebaliknya harus memberi pertimbangan untuk memberi lebih banyak insentif kepada majikan bagi mengambil lebih ramai pelatih dan kemudian boleh mewajibkan semua pelajar menjalani latihan amali berkenaan.

Menurut laporan, MEF berpendirian latihan amali adalah peluang buat para pelajar atau graduan memperoleh pengalaman industri yang bakal membantu mereka dalam proses untuk mendapat pekerjaan kelak.


RM900 Elaun Internship Disarankan Oleh Kerajaan Pada Pembentangan Bajet 2022.

Seperti yang diketahui umum, ketika pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kerajaan telah pun menyarankan agar pihak swasta memberi elaun sekurang-kurangnya RM900 kepada pelajar yang menjalani internship.

Menerusi perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berpendapat selain menampung kelangsungan hidup, pemberian elaun juga mampu menaikkan motivasi pelajar untuk mempamerkan kualiti kerja baik serta menjadikan latihan industri medan mempraktikkan apa yang dipelajari di IPT.

BACA JUGA: Bajet 2022: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Buat Golongan M40

BACA JUGA: Tengku Zafrul Gesa Rakyat Rebut Peluang Dari Kerajaan Apabila Bajet 2023 Dilaksanakan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd