Now Reading
Gempa Bumi Turkiye Syria: Muslim Pro Bekerjasama Dengan UNICEF Kumpul Dana Bantu Mangsa

Gempa Bumi Turkiye Syria: Muslim Pro Bekerjasama Dengan UNICEF Kumpul Dana Bantu Mangsa

Pengguna aplikasi Muslim Pro boleh menderma kepada UNICEF melalui pautan dalam aplikasi berkenaan untuk menyokong usaha tindak balas kecemasan ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Muslim Pro, aplikasi gaya hidup dan agama Muslim terbesar di dunia, mengumumkan sokongannya kepada UNICEF untuk mengumpul dana kecemasan untuk mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria baru-baru ini.

BACA JUGA: Muslim Pro Lancar Kandungan Fokus Islam Menerusi Qalbox

Untuk pengetahuan umum, kejadian gempa bumi itu telah meragut lebih 40,000 nyawa termasuk kanak-kanak, dengan ribuan lagi mengalami kecederaan.

Sumber: Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

Oleh yang demikian, Muslim Pro menyeru komuniti Muslim global untuk menyokong UNICEF dalam memberikan sokongan penting bagi mereka yang terjejas akibat bencana itu.

Pengumpulan dana itu akan menyediakan air bersih, akses kepada perkhidmatan sanitasi dan kebersihan, perkhidmatan perlindungan kanak-kanak seperti menyatukan semula kanak-kanak yang terpisah dan tidak ditemani dengan keluarga mereka serta menyampaikan perkhidmatan kesihatan dan pemakanan penting melalui pasukan bergerak.

gempa bumi turkiye

Pengumpulan dana telah bermula pada 14 Februari 2023.

Pengguna aplikasi Muslim Pro boleh menderma kepada UNICEF melalui pautan dalam aplikasi tersebut ataupun menerusi LINK INI bagi menyokong respons kecemasan organisasi serta kerja keseluruhan untuk bantuan kemanusiaan.

Gempa bumi di Turkiye dan Syria baru-baru ini telah meninggalkan kesan buruk kepada kehidupan beribu-ribu orang. Dan menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli komuniti global untuk menyokong mereka yang memerlukan. Di Muslim Pro, kami berbangga menyokong UNICEF untuk mengumpul dana kecemasan dan memberikan bantuan penting kepada mereka yang terjejas akibat bencana. Saya menyeru semua pengguna kami dan masyarakat Islam yang lebih luas untuk bersama-sama membuat perubahan dengan menderma untuk tujuan penting ini, terutamanya pada bulan Rejab yang mulia ini di mana ia sangat digalakkan untuk kita memperbanyakkan amal soleh.

Co-CEO Muslim Pro, Nik Emir Din.

BACA JUGA: Pasukan SMART Temui 3 Jasad Mangsa Ketika Misi SAR Gempa Bumi Di Turkiye


Dana Terkumpul.

Muslim Pro telah mengumpulkan lebih USD $294,000 (RM1,302,420.00) untuk pelbagai tujuan sejak bekerjasama dengan UNICEF.

Terutamanya dua kempen yang menonjol termasuk inisiatif pendanaan ramai global berjaya pada Disember 2021 yang mengumpulkan lebih USD $115,000 (RM509,450.00) bagi menyokong dana kecemasan kanak-kanak Afghanistan, dan mengumpul lebih USD $140,000 (RM620,200.00) semasa Ramadan untuk memerangi kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak di negara seperti Yaman dan Syria.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye: Mangsa Minta Bantuan Air Untuk Solat Bawah Runtuhan Bangunan

BACA JUGA: Mangsa Korban Gempa Bumi Turkiye & Syria Adalah Mati Syahid, Jelas Bekas Mufti N9


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd