Now Reading
Gempa Bumi Turkiye: Malaysia Hantar 75 Anggota SMART Untuk Misi Bantuan

Gempa Bumi Turkiye: Malaysia Hantar 75 Anggota SMART Untuk Misi Bantuan

Sehingga kini, lebih 3,400 mangsa dilaporkan maut akibat gempa bumi yang berlaku di Turkiye.

Gempa Bumi Turkiye: Malaysia Hantar 75 Anggota SMART Untuk Misi Bantuan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Satu kejadian gempa bumi yang kuat berukuran 7.8 magnitud telah melanda selatan Turkiye semalam (6 Februari) sehingga meragut banyak nyawa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) di laman Twitter mereka (@USGS_Quakes), gempa sekitar jam 4:17 pagi waktu tempatan itu yang berkedalaman 24.1 kilometer turut dirasai oleh di tengah Turkiye.

Kira-kira 11 minit selepas gempa pertama, gempa susulan berukuran 6.7 magnitud dengan kedalaman 9.9 kilometer pula dilaporkan berlaku.

Kejadian gempa bumi itu telah mengakibatkan banyak runtuhan bangunan termasuklah pangsapuri yang didiami oleh penduduk tempatan.

Memetik laporan Malaysia Gazette, angka kematian berikutan kejadian gempa bumi di Turkiye ini telah meningkat melebihi 3,400 orang.

Dalam pada itu, gempa ini turut dirasai di Lubnan, Syria, Beirut dan Damsyik. Setakat ini, sekurang-kurangnya 810 mangsa telah terbunuh akibat gempa bumi yang turut menjejaskan Syria.

Beberapa video ketika kejadian juga banyak dikongsikan di media sosial.

Malaysia Hantar Anggota SMART Untuk Misi Bantuan Di Turkiye

Malaysia yang mempunyai hubungan baik dengan Turkiye memutuskan untuk menghantar bantuan keselamatan ke Turkiye.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah memberi persetujuan untuk menghantar 75 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi misi bantuan di Turkiye.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata kesemua anggota itu akan berlepas ke Turkiye menaiki penerbangan Turkish Airlines.

Gempa Bumi Turkiye: Malaysia Hantar 75 Anggota SMART Untuk Misi Bantuan
Sumber: NADMA

Pada masa sama, mereka juga akan membawa bersama peralatan yang akan digunakan dalam usaha misi mencari dan menyelamat (SAR) di Turkiye.

Sebelum ini, SMART pernah menerima pengiktirafan pada tahun 2016 sebagai Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG).

Pencapaian mereka membolehkan pasukan SMART dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.

JAWI Sarankan Rakyat Malaysia Buat Solat Jenazah Ghaib Buat Mangsa Gempa Bumi Turkiye Dan Syria

solat-jenazah-ghaib
Gambar sekadar hiasa. (Sumber: Kosmo)

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan pihak masjid dan surau di Wilayah Persekutuan untuk melakukan solat hajat serta solat jenazah ghaib buat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Kosmo melaporkan bahawa saranan itu turut dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengarah JAWI  Datuk Mohd Ajib Ismail juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar urusan SAR di sana dipermudahkan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd