Gempa Bumi Turkiye: 5 Pelumba & Kru Pasukan Berbasikal TSG Dilapor Selamat Di Turkiye
Pihak TSG juga kini sedang berusaha menguruskan perjalanan pulang pelumba dan kru negara, namun berdepan dengan beberapa kesukaran termasuk kesesakan di lapangan terbang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, gempa bumi pada kekuatan 7.8 skala Richter telah menggegarkan Turkiye pada jam 4:17 pagi (waktu tempatan) dan mengorbankan lebih 3,000 nyawa setakat ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) di laman Twitter mereka (@USGS_Quakes), gempa yang berkedalaman 24.1 kilometer turut dirasai oleh di tengah Turkiye.
Kira-kira 11 minit selepas gempa pertama, gempa susulan berukuran 6.7 magnitud dengan kedalaman 9.9 kilometer pula dilaporkan berlaku.
Damaging M7.8 EQ hit southern Turkey near the Syrian border ~4am local time. PAGER is red for this event; extensive damage is probable. Our hearts go out to those affected. See @Kandilli_info for local info. https://t.co/dMyc6ZVrE1 https://t.co/0OxrznZf1v pic.twitter.com/eco071JqVm
— USGS Earthquakes (@USGS_Quakes) February 6, 2023
Malaysia Hantar Anggota SMART Untuk Misi Bantuan Di Turkiye
Dalam perkembangan sama, Malaysia yang mempunyai hubungan baik dengan Turkiye memutuskan untuk menghantar bantuan keselamatan ke negara itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah memberi persetujuan untuk menghantar 75 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi misi bantuan di Turkiye.
Memetik laporan Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata kesemua anggota itu akan berlepas ke Turkiye menaiki penerbangan Turkish Airlines.

BACA LANJUT: Gempa Bumi Turkiye: Malaysia Hantar 75 Anggota SMART Untuk Misi Bantuan
Pelumba & Kru Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) Berada Dalam Keadaan Selamat Di Turkiye
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, kesemua lima pelumba dan juga kru pasukan berbasikal, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) yang berada di Alanya, Turkiye sempena Jelajah Antalya berada dalam keadaan selamat selepas gempa bumi melanda negara tersebut.
Pelumba yang terlibat adalah:
- Aiman Cahyadi.
- Wan Abdul Rahman Hamdan.
- Mohd Shahrul Mat Amin.
- Metkel Eyob.
- Anatolii Budiak.

Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus menjelaskan bahawa ia berikutan kedudukan kem pasukan yang jauh iaitu kira-kira 500 kilometer dari pusat gempa bumi di bandar Gaziantep.
Pihak mereka juga kini sedang berusaha menguruskan perjalanan pulang pelumba dan kru negara, namun berdepan dengan beberapa kesukaran termasuk kesesakan di lapangan terbang.
Jelajah Antalya bertaraf 2.1 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang sepatutnya berlangsung dari 9 hingga 12 Februari telah dibatalkan oleh penganjur susulan gempa bumi itu. Walaupun berada jauh iaitu 500 kilometer dari pusat gempa bumi, gegarannya turut dirasai pelumba dan kru yang berada di sana.
Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus menerusi Sinar Harian.
Nasiruddin dalam masa yang sama memaklumkan bahawa lapangan terbang Turkiye kini sesak kerana menjadi tumpuan dunia menghantar bantuan dan sukarelawan untuk misi kemanusiaan.
Bagaimanapun dengan bantuan beberapa pihak, kita harap dapat membawa pulang pelumba dan kru kita dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus menerusi Sinar Harian.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.