Now Reading
McDonald’s Agih Pek ‘Back To School’ Buat 25,000 Pelajar Sekolah Rendah Seluruh Negara

McDonald’s Agih Pek ‘Back To School’ Buat 25,000 Pelajar Sekolah Rendah Seluruh Negara

Program RMHC Malaysia ini disokong sepenuhnya oleh McDonald’s Malaysia sebagai penaja korporat utama.

RMHC

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Yayasan Didik Negara (YDN) pada 27 Januari 2023 telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan ‘Pek Kembali ke Sekolah’ kepada 175 murid-murid sekolah rendah di sekitar Kuching bertempat di Sekolah Kebangsaan Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan, Kuching, Sarawak.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Fadhlina Sidek yang menyampaikan sumbangan pek-pek kepada murid-murid sekolah rendah yang datang dari keluarga kurang berkemampuan di Kuching dan kawasan berdekatan.

Program RMHC Malaysia ini disokong sepenuhnya oleh McDonald’s Malaysia sebagai penaja korporat utama.

Bagi tahun 2022, RMHC Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta bagi penyediaan Pek Kembali ke Sekolah yang akan memanfaatkan kira-kira 25,000 murid-murid sekolah rendah berlatangbelakangkan keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara.

Ia akan disalurkan secara berperingkat sebelum sesi persekolahan bermula pada Mac ini.

Kami amat berbesar hati kerana dapat menjayakan Program Pek Kembali ke Sekolah ini di Bumi Kenyalang dan ini ialah tahun keenam kami melaksanakannya di seluruh negara. Buat pertama kalinya, RMHC Malaysia dengan kerjasama YDN, menganjurkan majlis penyerahan ini di luar Semenanjung Malaysia sejak program ini diperkenalkan, dengan harapan mendekati lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan. Semoga sumbangan yang disampaikan hari ini mampu menyuntik semangat untuk anak-anak muda ini, sekaligus membolehkan mereka menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden, RMHC Malaysia, Dato’ Azmir Jaafar.

Untuk rekod, YDN merupakan sebuah badan rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ditubuhkan bagi menggembleng kerjasama dan komitmen pelbagai lapisan masyarakat untuk menyalurkan sumbangan ke arah melestarikan pendidikan berkualiti.


Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia)

RMHC Malaysia ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Program-program ini ialah:

  • Rumah Ronald McDonald.
  • Bilik Sensori Ronald McDonald.
  • ‘Gift of Smile’.
  • Program Pek Kembali ke Sekolah. 
Sensory Room.

Kesemua program ini dapat dijayakan hasil sumbangan ikhlas pelanggan-pelanggan McDonald’s yang bermurah hati menderma kepada tabung dan Kiosk Pesanan Layan Diri di restoran-restoran McDonald’s. Ia juga merupakan tajaan serta sumbangan dari rakan korporat.

Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, anda boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd