Now Reading
Dimarahi Kerana Miliki Telefon & Sering Keluar Malam, Remaja 13 Tahun Ditemui Maut Jatuh Dari Pangsapuri

Dimarahi Kerana Miliki Telefon & Sering Keluar Malam, Remaja 13 Tahun Ditemui Maut Jatuh Dari Pangsapuri

Pihak polis turut menjumpai nota tulisan tangan dipercayai milik mangsa yang ingin menunjukkan bahawa dia agak tertekan dengan layanan keluarga terhadapnya.

remaja 13 tahun maut terjun dari pangsapuri

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdahulu, beberapa kes cubaan bunuh diri telah berlaku dan memerlukan bantuan pihak bomba dan orang awam bagi menyelamatkan keadaaan dan menenangkan individu terbabit.

Antaranya, kes seorang lelaki dilihat berdiri tanpa sebarang alat keselamatan di luar penghadang Jambatan Sultan Mahmud, Terengganu kira-kira pada jam 5.48 petang pada 4 Julai lalu.

Tindakan lelaki berkenaan disedari oleh orang awam menyebabkan ramai yang memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan untuk menghalang sebarang perkara tidak diingini berlaku.

BACA JUGA: [Video] Lelaki Ini Tak Jadi Terjun Jambatan Di Terengganu Lepas Dipujuk Orang Awam

Kes bunuh diri di Malaysia menunjukkan kebimbangan selepas negara mencatatkan peningkatan sebanyak 81% di mana 1,142 kes dilaporkan pada tahun 2021 berbanding 631 kes pada tahun 2020

Jumlah tersebut adalah berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut melaporkan 467 kes bunuh diri dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2022.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengambil langkah untuk membendung kejadian bunuh diri dengan mewujudkan talian bantuan sokongan psikososial seperti Talian Kasih (KPWKM) di 15999 dan KSK Centre (JAKIM) di 03-8870 7515.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Sinar Harian)

Remaja Perempuan 13 Tahun Terjun Dari Pangsapuri Didakwa Kerana Dihalang Guna Telefon Bimbit Dan Keluar Malam

Kejadian yang hampir sama sekali lagi berlaku tetapi di lokasi yang berbeza.

Pihak polis daerah Subang Jaya dalam satu kenyataan memaklumkan satu kejadian di mana seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah maut selepas terjatuh dari tingkap dapur di sebuah pangsapuri di Puchong Utama, Selangor.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihak mereka telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pada 29 Januari lalu sekitar jam 11:21 malam.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah dimarahi oleh ibunya kerana memiliki telefon bimbit tanpa kebenaran dan juga sering keluar malam.

Dalam pada itu, pihak polis turut menjumpai nota tulisan tangan dipercayai milik mangsa yang ingin menunjukkan bahawa dia nekad untuk terjun keluar dari tingkap kerana tertekan dengan layanan keluarga terhadapnya.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah anak sulung kepada tiga orang adik-beradik dan kejadian ini tidak berkaitan dengan mana-mana unsur jenayah.

Ketua Polis Balai Bukit Puchong Inspektor Elias bin Lamuie mengklasifikasikan kes kematian ini sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

Bedah siasat mula dilakukan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Serdang sejak semalam (30 Januari) selepas pihak Patologi Forensik selesai membuat pemeriksaan di lokasi kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menyalurkan maklumat kepada Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100. Maklumat serta identiti pemberi akan dirahsiakan.

Talian Bantuan Untuk Masalah Kesihatan Mental

Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

1) MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Laman web: https://mmha.org.my/
2) BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 jam), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Laman web: https://www.befrienders.org.my/
3) ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Laman web: https://www.awam.org.my


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd