Now Reading
APAD Gesa Datuk Bandar Gantung Kerja Pembinaan Bersebelahan Landasan LRT Bengkok

APAD Gesa Datuk Bandar Gantung Kerja Pembinaan Bersebelahan Landasan LRT Bengkok

APAD menjelaskan bahawa kerja pembangunan yang di dalam kawasan Rizab Kedua LRT dijalankan tanpa sebarang perundingan dengan pihak mereka di bawah Peraturan-peraturan Kereta Api (Zon Perlindungan Kereta Api) 1998 [P.U. (A) 367].

APAD Beri Maklum Balas Tentang Masalah LRT Laluan Ampang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada pagi hari ini (27 Januari), perkhidmatan Tren Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang dilaporkan mengalami kelewatan atas faktor keselamatan berikutan masalah penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Rapid KL dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter (@askrapidkl) memaklumkan pemerhatian awal mereka mendapati puncanya adalah kerana kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan tersebut.

Atas faktor keselamatan juga, pihak Rapid KL akan menutup buat sementara waktu laluan di antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya sehingga status keselamatannya terjamin.

Dalam pada itu, kelajuan perkhidmatan LRT Ampang juga akan dikurangkan dan menyebabkan sedikit kelewatan berlaku.

Anggaran tempoh menunggu adalah sekitar sembilan minit di dalam Daerah Pusat Perniagaan dan 18 minit di luar Daerah Pusat Perniagaan.

BACA JUGA: LRT Laluan Ampang Alami Kelewatan Akibat Penjajaran Landasan Bengkok

Angkatan Pengangkutan Awam Darat (APAD) Beri Maklum Balas Berkaitan Gangguan Perkhidmatan LRT Laluan Ampang

Berikutan insiden yang berlaku itu, Angkatan Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan kenyataan mereka selepas mengambil maklum tentang kejadian yang berlaku.

APAD dalam kenyataannya menjelaskan bahawa kerja pembangunan yang dijalankan bersebelahan landasan LRT serta di dalam kawasan Rizab Kedua LRT telah dijalankan tanpa sebarang perundingan dengan pihak mereka di bawah Peraturan-peraturan Kereta Api (Zon Perlindungan Kereta Api) 1998 [P.U. (A) 367].

Pihak APAD mengambil serius perkara ini dan sedang bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden yang berlaku.

Antara agensi yang terlibat adalah:

  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  • Jabatan Kerja Raya (JKR)
  • Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana)

Selaras dengan Peraturan 8 P.U. (A) 367, pihak APAD akan memberi cadangan langkah keselamatan kepada Datuk Bandar untuk menggantung serta merta kerja pembangunan dan aktiviti terhad di zon perlindungan kereta api sehingga punca sebenar diketahui.

Pihak Prasarana juga diminta untuk menyediakan alternatif perkhidmatan yang mencukupi bagi menampung jumlah penumpang terutamanya ketika waktu puncak manakala APAD pula akan terus memantau perkembangan berkaitan gangguan yang berlaku.

APAD Beri Maklum Balas Tentang Masalah LRT Laluan Ampang

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd