Now Reading
“Terima Kasih PN Tapi Saya Tetap Setia Pada UMNO” – Khairy Jamaluddin

“Terima Kasih PN Tapi Saya Tetap Setia Pada UMNO” – Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menolak pelawaan Perikatan Nasional (PN) meskipun masih tidak mengetahui nasibnya dalam UMNO sehingga ke hari ini.

"Terima Kasih PN Tapi Saya Tetap Setia Pada UMNO" - Khairy Jamaluddin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Status bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar kini terjawab selepas beliau menegaskan bahawa akan tetap setia bersama UMNO meskipun telah mendapat pelawaan dari pimpinan Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai mereka.

Memetik laporan Astro Awani, Khairy yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau telah menolak pelawaan PN meskipun masih tidak mengetahui nasibnya dalam UMNO sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Khairy atau juga dikenali sebagai KJ berterima kasih atas pelawaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan PN untuk menyertai mereka.

Saya nak ucapkan terima kasih kerpada PAS dan Perikatan Nasional (PN) atas pelawaan tetapi saya masih setia sebagai ahli biasa UMNO.

Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Terima Kasih PN Tapi Saya Tetap Setia Pada UMNO" - Khairy Jamaluddin
Sumber: MalayMail

Terdahulu, Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata PN dan PAS bersedia untuk menerima Khairy serta menawarkan beliau untuk memasuki mana-mana parti dalam PN.

Ahmad Samsuri memberi tawaran tersebut sekiranya KJ disingkirkan daripada parti UMNO berikutan tindakannya yang telah mendakwa UMNO membawa perwakilan import ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Menteri Besar Terengganu melihat KJ sebagai individu yang berfikiran terbuka serta mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Khairy Jamaluddin Bidas Tindakan UMNO Kekal 2 Jawatan Tertinggi Tanpa Bertanding

Semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang berlangsung pada 11 hingga 14 Januari lalu di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, UMNO telah memutuskan untuk tidak mempertandingkan jawatan tertinggi mereka iaitu Presiden dan timbalannya.

Khairy berpendapat tindakan tersebut seolah-olah menyekat demokrasi dan ahli UMNO yang lain untuk mempertandingkan jawatan tersebut. Malah beliau juga menyifatkan perkara itu sebagai ‘gila kuasa’.

Dalam kempennya ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Khairy juga mendakwa UMNO telah hilang arah dan perlu kembali kepada asal usul mereka.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd