Now Reading
Tertekan Masalah Rumah Tangga, Ibu Sanggup Tekup Bayi 18 Bulan Hingga Maut

Tertekan Masalah Rumah Tangga, Ibu Sanggup Tekup Bayi 18 Bulan Hingga Maut

Bayi berusia 18 bulan itu mengalami pendarahan pada kedua-dua mata disyaki akibat ditekup oleh ibunya menggunakan bantal ketika sedang tidur.

Tertekan Dengan Masalah Rumah Tangga, Ibu Sanggup Tekup Bayi 18 Bulan Hingga Maut (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kes penderaan kanak-kanak sejak belakangan ini kerap kali dilaporkan dan menunjukkan peningkatan yang membimbangkan.

Sebelum ini, seorang bayi berusia empat bulan yang dihantar ke pusat asuhan telah didera sehingga koma didakwa diperlakukan oleh tiga orang pengasuh wanita di Terengganu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai telah memukul kepala mangsa menggunakan tangan.

BACA JUGA: Dera Bayi 4 Bulan Hingga Koma, 3 Pengasuh Ditahan Di Terengganu

Dalam pada itu, tular juga kes di mana seorang kanak-kanak lelaki warga asing ditemui seorang diri di tepi jalan pada waktu malam dengan badannya dipenuhi kesan luka disyaki akibat didera oleh bapanya.

Kanak-kanak tersebut ditemui sekitar jalan Cheras Utama kira-kira jam 11:30 malam pada Jumaat lalu (13 Januari).

BACA JUGA: Kanak-kanak Lelaki Ditemui Di Cheras Utama Seorang Diri Dengan Banyak Kesan Luka Pada Tubuh Badan

Tertekan Dengan Masalah Rumah Tangga, Ibu Sanggup Tekup Bayi 18 Bulan Hingga Maut (1)
Sumber gambar: TikTok @d_barohgaragemotorsports

Ibu Usia 20 Tahun Sanggup Tekup Bayi 18 Bulan Kerana Stres Masalah Rumah Tangga

Satu lagi kes penderaan dilaporkan berlaku apabila seorang wanita berusia 20 tahun didakwa menekup bayinya berusia 18 bulan menggunakan bantal sehingga meninggal dunia.

Kejadian yang berlaku pada 12 Januari lalu dilakukan di sebuah kondominum di Cyberjaya selepas dia bermalam dengan kekasihnya yang merupakan seorang pelajar kolej swasta berusia 21 tahun.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusuf berkata wanita tersebut telah menghantar anaknya yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Hospital Cyberjaya.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pendarahan pada kedua-dua belah mata bayi tersebut dan berada dalam keadaan kritikal.

Ibu mangsa mendakwa anaknya itu terjatuh dari sofa ketika sedang bermain tetapi tiada kesan lebam atau bengkak dan hanya menangis sahaja. Keesokan harinya, wanita itu mendapati anaknya tidak menyedarkan diri dan tubuhnya menjadi pucat sebelum dibawah ke Hospital Cyberjaya.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusuf.

Ibu Mangsa Dan Teman Lelaki Ditahan Oleh Pihak Polis

Walau bagaimanapun, pihak polis telah menerima laporan daripada pasukan perubatan Hospital Cyberjaya untuk melaporkan tentang mangsa yang telah meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan.

Selepas menerima laporan tersebut, pihak polis cuba untuk menghubungi ibu mangsa tetapi tidak berjaya dan suspek utama itu juga tidak berada di alamat kediaman yang diberikan.

Maklumat risikan membolehkan mereka menemui mangsa dan menahannya pada 16 Januari lalu di sebuah rumah flat di Dengkil. Suaminya juga turut ditahan bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan awal mendapati suspek membuat pengakuan dia telah menekup muka bayinya menggunakan bantal ketika anaknya sedang tidur kerana mengalami tekanan akibat masalah rumah tangga yang dialaminya.

Tertekan-Dengan-Masalah-Rumah-Tangga-Ibu-Sanggup-Tekup-Bayi-18-Bulan-Hingga-Maut
Gambar sekadar hiasan.

Difahamkan ibu muda itu yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta berada dalam proses perceraian dengan suaminya yang merupakan seorang penganggur selepas hampir dua tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Proses bedah siasat juga mendapati mangsa meninggal dunia akibat kekurangan oksigen setelah ditekup oleh ibunya sendiri.

Dalam pada itu, mereka juga menemui kesan kecederaan pada bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan mangsa.

Wan Kamarul memaklumkan wanita tersebut bersama teman lelakinya disyaki bertanggungjawab atas kematian bayi tersebut dan akan direman di Mahkamah Sepang sehingga 22 Januari ini.

Bapa kandung kepada bayi tersebut pula telah dijamin polis kerana didapati tidak terlibat dalam kejadian itu kerana dia tiada di lokasi sewaktu tindakan kasar tersebut dilakukan.

Suspek Didakwa Di Mahkamah Hari Ini, 20 Januari

Tertekan-Dengan-Masalah-Rumah-Tangga-Ibu-Sanggup-Tekup-Bayi-18-Bulan-Hingga-Maut
Sumber: Berita Harian

Ibu muda berusia 20 tahun yang merupakan suspek bagi kes kematian seorang bayi berusia 18 bulan didakwa akibat ditekup menggunakan bantal telah didakwa di Mahkamah Sepang hari ini, 20 Januari.

Memetik laporan Berita Harian, wanita itu dituduh di bawah Sekyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membahwa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd