Now Reading
Anthony Loke Hantar & Rai Penumpang AirAsia Sempena Tahun Baru Cina, Malam Tadi

Anthony Loke Hantar & Rai Penumpang AirAsia Sempena Tahun Baru Cina, Malam Tadi

Para penumpang diraikan dengan meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) dan dihantar oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat.

airasia anthony loke

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perayaan Tahun Baru Cina bakal menjelang tiba iaitu pada Ahad (22 Januari) nanti. Dan sudah semestinya, setiap sambutan perayaan pasti akan menyaksikan rakyat Malaysia di seluruh negara untuk pulang ke kampung halaman sebelum hari perayaan bermula.

Kadangkala, dua minggu atau seminggu sebelum perayaan pun sudah ramai yang mulai mengambil cuti untuk pulang lebih awal. Manakan tidak, barulah boleh meluangkan masa yang lebih dengan keluarga di kampung.

Terutamanya mereka yang tinggal di Malaysia Timur.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Rai Penumpang AirAsia Di klia2, Malam Tadi

Hari ini (20 Januari), AirAsia catat muatan 100% untuk penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap sempena sambutan Tahun Baru Cina yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Kuching pada 12.10 pagi hari ini.

Para penumpang juga diraikan dengan meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) dan dihantar oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat.

Saya berbesar hati untuk meraikan rakyat Malaysia yang teruja untuk bertemu keluarga mereka sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Satu juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan AirAsia atas dedikasi mereka dalam menjadikan penerbangan pada tambang tetap ini satu realiti dan atas sokongan terhadap inisiatif kerajaan untuk memastikan tambang rendah dan berpatutan semasa musim perayaan. Di sebalik cabaran yang dihadapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, AirAsia terus berusaha menjadi syarikat penerbangan untuk semua dan mengutamakan keperluan tetamunya. Saya berharap lebih banyak inisiatif yang sama daripada AirAsia untuk musim perayaan akan datang dan mencadangkan pemain industri lain untuk mengikutinya.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Dalam masa yang sama, Riad menjelaskan bahawa pihak AirAsia terus mengutamakan para tetamu dan menyediakan tambang berpatutan, terutamanya pada masa istimewa ini supaya mereka boleh pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan ini bersama-sama keluarga.

Saat-saat seperti ini adalah sebab mengapa kami berusaha keras untuk menawarkan perjalanan dengan tambang berpatutan. Walaupun kami masih menghadapi beberapa cabaran sama seperti syarikat penerbangan lain berikutan pandemik, kami tetap komited untuk mengutamakan para tetamu dengan menawarkan penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat.

Penerbangan Tambahan Istimewa AirAsia Tersedia Untuk 10 Haluan

Untuk rekod, penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap ini tersedia untuk 10 laluan antara Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Sabah, Sarawak.

Sebanyak 38 penerbangan merekodkan muatan 100% pada minggu akan datang.

Selain 68 penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap, AirAsia Malaysia (AK) juga mengendalikan sebanyak 314 penerbangan mingguan sempena musim perayaan.

AirAsia Diiktiraf Salah Satu Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Paling Selamat Tahun 2023

Nota Penting Buat Para Penumpang:

  • Para penumpang yang melakukan perjalanan semasa musim perayaan ini dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan (bagi perjalanan domestik) untuk mengelakkan kesesakan.
  • Para penumpang juga digalakkan untuk mendaftar masuk secara kendiri menggunakan airasia Super App, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan.
  • Bagi penumpang yang mempunyai bagasi daftar masuk, kaunter Penurunan Bagasi ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.
  • Memandangkan kesesakan dijangka akan berlaku bagi pemeriksaan keselamatan, daftar masuk bagasi dan imigresen, penumpang dinasihatkan untuk mendaftar masuk bagasi sebelum menuju ke pintu masuk.
  • Setiap penumpang (kecuali bayi) hanya dibenarkan SATU bagasi kabin DAN satu beg komputer riba atau beg tangan atau beg kecil di dalam pesawat.
  • Jumlah berat yang dibenarkan untuk dua buah bagasi kabin mestilah tidak melebihi 7kg secara keseluruhan. Para penumpang digalakkan untuk menempah bagasi dalam talian sebelum mendaftar masuk untuk lebih penjimatan.
  • Para penumpang dengan tempahan berkumpulan, mobiliti terhad atau berkeperluan khas harus memperuntukkan lebih banyak masa untuk melengkapkan semua formaliti perjalanan.

AirAsia juga memaklumkan jika penumpang memerlukan sebarang bantuan, kakitangan mereka di lapangan terbang sedia membantu untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar sepanjang musim perayaan ini.

BACA JUGA: Anthony Loke And Yee Sang: The Untold CNY Story

BACA JUGA: Anthony Loke Sekali Lagi Menyamar, Kini Naik KTM Ke TBS Pula

BACA JUGA: Anthony Loke Sekali Lagi ‘Turun Padang’ Pantau Masalah Teknikal LRT Laluan Kelana Jaya


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd