Now Reading
BNM Kekalkan OPR Pada 2.75%

BNM Kekalkan OPR Pada 2.75%

Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75% selepas peningkatan berlaku selama empat kali pada tahun lalu.

OPR Kekal 2.75% BNM

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada November lalu, Bank Negara Malaysia telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75%.

Kenaikan tersebut merupakan hasil perbincangan ketika mesyuarat bersama Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dan dilaporkan telah meningkat sebanyak empat kali berturut-turut dengan kadar 25 mata asas untuk setiap satunya sejak Mei 2022.

BACA JUGA: OPR Naik Lagi Kepada 2.75% – BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) Mengekalkan Kadar OPR Pada 2.75%

BNM dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan bahawa OPR akan dikekalkan pada 2.75% selepas beberapa kali berlaku peningkatan.

Ekonomi global terus dibebani oleh tekanan kos serta kadar faedah yang tinggi dan gangguan berkaitan kes Covid-19 yang melanda negara China.

Faktor-faktor tersebut telah melebihi keseimbangan daripada keadaan pasaran buruh yang positif dan pembukaan semula ekonomi serta sempadan antarabangsa.

Sumber: Twitter

Walau bagaimanapun, kadar inflasi keseluruhan menunjukkan sedikit penurunan daripada paras tinggi sejak beberapa bulan sebelumnya. Namun, inflasi teras masih kekal melebihi purata yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Bagi menangani masalah inflasi, beberapa bank dijangka akan terus menaikkan kadar faedah mereka. Tindakan ini dilihat akan menyebabkan prospek pertumbuhan global bakal menghadapi rintangan.

BACA JUGA: Bagaimana OPR Mengawal Inflasi, Ini Yang Patut Anda Tahu

Ekonomi Malaysia Menunjukkan Perkembangan Positif Pada Suku Terakhir 2022

Dalam kenyataan yang sama, BNM menjelaskan bahawa data terkini menunjukkan bahawa Malaysia kini mempunyai perkembangan ekonomi yang positif pada suku terakhir tahun 2022.

Berdasarkan data, pertumbuhan pada tahun 2022 melebihi julat unjuran awal iaitu 6.5% sehingga 7.0% dan mencatatkan prestasi yang kukuh. Pertumbuhan pada tahun 2023 pula dijangka lebih sederhana berikutan ekonomi global yang masih perlahan.

Bank Negara Malaysia (BNM).

Perkembangan ekonomi negara dilihat akan bergantung kepada permintaan dalam negeri termasuklah dari segi perbelanjaan isi rumah dan juga kedatangan pelancong dari luar negara memasuki Malaysia.

Pertumbuhan akan kekal disokong oleh permintaan dalam negeri. Perbelanjaan isi rumah akan menjadi salah satu faktor yang disokong oleh penambahbaikan yang berterusan dalam prospek pekerjaan dan pendapatan. Ketibaan pelancong yang semakin ramai juga telah meningkatkan sektor pelancongan.

Bank Negara Malaysia (BNM).

Apa itu Kadar Dasar Semalaman (OPR)?

Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah elemen yang sangat penting dalam dasar monetari Malaysia dan boleh memberi kesan kepada pelbagai urusan kewangan seperti kadar deposit dan pinjaman, pertukaran matawang asing serta faedah pembiayaan perumahan.

Secara ringkasnya, OPR ialah kadar faedah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada peminjam yang membuatkan pinjaman wang dalam tempoh satu malam.

Apabila berlakunya peningkatan OPR, bayaran ansuran bulanan pembayaran balik untuk pembelian rumah dan pinjaman peribadi kepada pihak bank juga akan bertambah dan kelayakan untuk membuat pinjaman baharu juga akan diperketatkan.

BNM-Kekalkan-OPR-Pada-2.75
Sumber: Twitter

Namun, kadar pinjaman kereta yang berkadar tetap tiada perubahan kepada jumlah pembayaran bulanan.

Persiapan Hadapi Sebarang Perubahan Berkaitan OPR

Setakat ini, OPR dikekalkan pada tahap 2.75% oleh pihak BNM.

Namun sebagai langkah berjaga-jaga, terdapat beberap perkara yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia dengan sebarang perubahan. Antaranya:

  • Semak semula dengan pihak bank tentang bayaran ansuran bulanan yang perlu dibayar.
  • Rancang perbelanjaan dengan baik dan tidak boros.
  • Sentiasa bertukar maklumat dengan kenalan dan ahli keluarga tentang kewangan negara.

BACA JUGA: Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR)


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd